Monday, June 9, 2008

isu hangat..harga minyak

Akhir2 ni perkara yang paling panas diceritakan semua org adalah harga minyak yang naik melambung. 78 sen, dari RM 1.92 naik RM 2.70. Ini dah dikira 40% dari harga asal. Pihak kerajaan katanya tak dapat nak tanggung subsidi minyak untuk rakyat memandangkan harga minyak duni pun dah naik. Pastu mesti nak bandingkan dengan harga minyak kat UK dan US yang katanya jauh lebih tinggi berbanding harga di Malaysia. Harga kat UK dalam RM7 seliter, kat US RM5 seliter..takke lagi tinggi tu?? Tapi kenapa tak dibandingkan dengan pendapatan per kapita negara kita dan mereka setiap tahun???Lagi nak bandingkan harga ni dengan harga minyak kat negara2 jiran yang terang2 takde pengeluaran minyak sendiri. Kita ada hasil bumi kita sendiri...minyak mentah yang digali dek pihak Petronas tiap2 hari..ke mana perginya?? Ke mana hasilnya???

Kalo ikut rekod dari chedet.com...
"Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported.Three years ago the selling price of crude was about USD30 per barrel. Today it is USD130 – an increase of USD100. There is hardly any increase in the production cost so that the extra USD100 can be considered as pure profit.Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (twenty seven billion Ringgit).But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all of which belong to the Government.By all accounts the Government is flushed with money."

Kalo nak dibandingkan harga ini dengan negara2 pengeluar minyak dunia lain, kita jauh lebih mahal. Apa la nak jadi...ada hasil sendiri tapi macam ada kat bumi lain jgk..apa gunanya jadi rakyat Malaysia??
UAE– RM1.19/litre Eygpt– RM1.03/litre Bahrain– RM0.87/litre Qatar– RM0.68/litre Kuwait– RM0.67/litre Saudi Arabia– RM0.38/litre Iran– RM0.35/litre Nigeria– RM0.32/litre Turkmenistan– RM0.25/litre Venezuela– RM0.16/litre MALAYSIA– RM2.70/litre

Banyak la spekulasi dan cadangan2 dari pihak rakyat2 Malaysia yang terpaksa menanggung beban dengan kenaikan harga minyak ni. Ada yang mtk elaun menteri dimansuhkan..ada gak yg mtk kerajaan bagi pinjaman tanpa faedah utk modify enjin bagi kegunaan NGV. Respon dari pihak menteri, mengatakan pemansuhan elaun menteri adalah kurang rasional. Kenapa menteri kita tak cuba mengubah gaya hidup seperti yang disaran oleh Perdana Menteri kita yang bijak laksana?? Sedangkan rakyat terpaksa menanggung penderitaan hasil kebijaksanaan barisan kabinet ini. Subsidi yang bakal diberikan setahun sekali itu pun tidak dapat menampung keadaan ini. Secara purata, subsidi ini hanya dapat cover penggunaan minyak sebanyak RM66 sebulan.

Kami sebagai rakyat bukan tak nak terima hakikat kehidupan hari ini. Dan bukan nak sangat bergantung kepada subsidi berlipat ganda dari pihak kerajaan yang amat kami sayang, tapi hakikatnya kerajaan telah terang terangan menipu kami. Mula-mula kata Ogos baru diumum pendekatan subsidi baru atau harga baru bahan bakar ini, dengan yakin mengatakan harga minyak takkan naik dalam masa terdekat. Tau2 umum kenaikan drastik tanpa rasa bersalah. Sekurang2nya berilah tempoh untuk harga ini sampai ke tahap RM2.70 ini. Sebelum tu, haramkan kenderaan negara jiran beli minyak kat Malaysia..selang beberapa hari, halal plak. Mana pegangan yang pernah kerajaan kita miliki sebelum ini? Mungkin kerana pengurusan terbesar dah beralih tangan, maka kesemua sifat2 kita yang dikenali sebelum ini harus pergi bersama2. Sejak bertahun2 lepas, harga minyak merupakan isu yang paling sensitif di hati rakyat Malaysia. Jika kerajaan ingin mengembalikan kepercayaan rakyat selepas hanya menang tipis di PRU12, perkara ini lah yang paling perlu diberikan perhatian. Buatla apa saja, asalkan tidak membebankan rakyat, meningkatkan inflasi dan menjatuhkan taraf hidup rakyat yang sedia rendah..tidak setinggi pihak mereka. Saat ini, saya terfikir dimanakah fungsi kabinet, ahli parlimen dan ADUN yang katanya terdiri dari org terpelajar, tetapi tidak pernah meletakkan keadaan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan pekerja awam sekalipun pada diri mereka sendiri. Apa yang mereka tau, hanya bertelagah di Parlimen dan membina rumah besar disekeliling rumah kecil rakyat yang telah memberikan kepercayaan pada mereka??

Kini, rakyat sangatlah berkobar2 menantikan saat kemelesetan ekonomi yang pasti mengiringi kenaikan harga minyak yang drastik ini...

No comments: