Thursday, May 29, 2008

Erti hidup

Masa dalam hidup aku dah banyak berlalu. Dah macam2 bende dah berubah sejak dari aku kecik smp aku dah nak jadi mak budak skrg. Tahun ni aku dah 28..sbnrnya semua yang dah aku capai dan akan capai di masa depan bukan sesuatu yang aku bayangkan selama ni..walaupun mungkin pernah jadi angan2.
Aku membesar kat sekolah yang hanya untuk budak2 pompuan. Aku pun tak pernah jadi pelajar favorite cikgu dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sebab aku bukannya budak pandai. Aku lebih senang hidup secara sederhana dalam semua segi. Tambahan plak, aku membesar dalam keluarga yang sederhana, adik beradik ramai dan aku anak tengah yang org selalu kata berdikari dan lebih suka buat hal sendiri. Jadi aku tak kisah sangat bila result2 periksa aku tak cemerlang macam best student sekolah. Masa sekolah rendah, bila duk kelas no 1, periksa akhir tahun mesti aku akan dapat nombor hujung2 sampai aku jatuh ke kelas no 2. Bila di kelas no 2, hujung tahun aku dapat peluang naik kelas balik. Gitu la tiap2 tahun.
Masa tingkatan 1 kat Sek Men Zainab Kota Bharu, aku xpernah angan pun yang aku dapat jejak kaki pun kat universiti. Aku penah terpikir yang mungkin aku akan habis belajar sampai SPM je.Sebab masa tu aku sangat2 la malasnya belajar. Sampai pernah satu masa tu, dalam kelas Geografi Cikgu Maheran, cikgu disiplin sessi petang sekolah tu, aku sampai pitam sebab tak dapat jawab soalan kuiz yang dia bagi. Dan member meja aku masa tu, Emelia Akashah, yang rajin belajar, selalu ajak aku main soal2, tapi yang selalu jawab dia jugak. Aku soal dia, dia yang jawab, dia soal aku pun dia jugak yang jawab. At the end, sebelum abis form 1 dia dapat offer masuk MRSM. Tinggal la aku je kat sekolah tu. Tahun nak amik PMR barula aku sedar yang aku tak leh tertinggal kat belakang je. Mula tahun tu la baru aku perasan yang aku selalu dilindungi Allah sebab tak pernah biar aku menyimpang jauh. Kat matrik, sebab aku bukan dari sekolah asrama penuh atau MRSM, tambah2 plak dari sekolah zainab yang org kenal dengan kehadiran budak2 jahat (walaupun ramai je yang baik), aku dengan Emma yang memang klik masa form 5 dah kena hina barang setitik dua. Walaupun ada yang secara tak sengaja, aku tau pandangan diorg kat kami dua org. Tapi aku wat tak kisah la. Macam2 la kejadian kat sekolah asrama penuh yang jadi pengkalan matrik utk kami ni menumpang untuk mencuba nasib untuk masuk universiti. Pandangan org2 yang aku rasa agak jelek sepanjang tahun aku belajar kat situ la yang buat aku dapat habiskan matrik dengan nasib yang lebih baik dari budak2 sekolah asrama penuh yang pandai2 tu. Perkara yang aku rasa mustahil dulu dah pun aku capai sekarang.
Paling aku ingat kali pertama aku nak jejak kaki ke UKM, masa tu abah ngan mummy hantar. Abah terlanggar kereta org dari belakang sampai nak terjatuh bumper keta org tu. Abah byr on the spot kat situ gak RM 400 untuk tutup mulut bini org tu yang membebel2 marahkan abah. Bukannye kami ni org senang nak bagi duit sebanyak tu sekelip mata kat org..tp aku tau abah terpaksa. Aku tak tau apa perasaan abah masa tu. Kejadian tu la yang buat aku semangat nak belajar betul2 masa degree. Sampai sekarang pun aku masih teringat2 mulut makcik yang bising marahkan abah. Masa tu memang aku mula terasa untuk ada kehidupan yang jauh lagi baik dari org keliling..sekadar untuk elakkan dari org memandang rendah. Biar berbaloi semua kesusahan dan keperitan hidup selama ni.
Alhamdulillah sekarang aku dah hampir ke tahap yang aku tak pernah angankan dulu. Aku dah ada suami yang sayangkan aku, bakal dapat baby yang bakal menyerikan kehidupan kami, ada kucing2 yang banyak yang selalu buat aku ketawa dan bakal habiskan Phd walaupun tak secemerlang org lain yang belajar kat luar negara. Walaupun banyak lagi kekurangan dan rasanya belum layak untuk pegang title tu (terutama bila pikirkan betapa lemahnya aku dalam analisis statistik result2), tapi aku tetap bangga dengan kehadiran org2 sekeliling yang sangat bererti dalam hidup aku iaitu keluarga yang sangat aku sayang.

Mukaddimah

Assalamualaikum
Ini entry pertama dalam blog baru nih.
Sbnrnye aku buat ni sebab tension dgn blog Friendster yang xtau kenapa...asyik bermasalah.
Bolehla jadi tempat meluahkan isi hati aku yang agak complicated bila bercerita.
Hehe..tahniah untuk diri aku.....