Monday, October 20, 2008

Wednesday, October 8, 2008

babah dan aimi

Spot the difference.......

Like father like daughter

Tuesday, October 7, 2008

syawalku



Syawal arini dah masuk ari ke 7. Tahun ni raya bertiga lepas kehadiran Aimi. Tapi kitorg xleh gi memana memandangkan dalam pantang lagi. Pantang la kata org tua.Tapi aku main belasah je..smp bnyk kali kena sound kat warga2 yg dah berusia.


Ada rezeki skit raya ke 3 kitorg buat akikah ngan cukur jambul untuk Aimi. Rambut Aimi dah botak kat 1 spot. Tok imam pesan suh cukur habis..agaknye sbb tu dia huduhkan sbhgn kepala anak aku tuh. Tapi abah awal2 surrender takut nak cukur..takut salah tgk tergarik lak kepala si kecik tu. Ramai yang dtg tgk Aimi aritu. Dia pun baik je..tido..xde nangis mtk susu cam sll. Rezeki dia..bnyk dapat duit raya tahun pertama dia beraya di dunia.


Raya ni pun ramai kengkawan aku datang visit nak tgk Aimi. Yang dah lama xjumpa pun ade gak dtg. Tima kasih sume. Walaupun terpaksa tgk Aimi berbaju besar sbb xde saiz dia kat kedai.

Selamat Hari Raya..

Wednesday, September 24, 2008

bebaskan aku...








Maafkan aku wahai kucing2 kesayangan ku.
Bukan kehendak aku Cody, Ompok dan Obu tpaksa hidup mcm ni.
Tunggulah bila kita balik rumah kita....

Tuesday, September 23, 2008

homesick



Arini baru ari ke7 aku lalui tempoh berpantang.


Bila leh balik rumah ni…nak bwk aimi balik bertam. Nak lalui life mcm dulu campur life baru dgn kehadiran aimi. Sape la yg wujudkan tempoh berpantang ni…memandai je..nak buat pun buat la yg wajib je…setakat nak pulihkan yg sakit….


Aku homesick!!!!!

Saturday, September 20, 2008

Pengalaman baru

Bila dah ada Aimi Husna, bermula la episod baru dalam hidup macikcrimescene. Nak adapt dengan suara tangisan Aimi aku ingatkan senang. Tapi suara tangisan tu datang masa malam hari. Sbnrnya aku takut suara tu datang atas sebab kekurangan pada diri aku. Atau gangguan makhlus2 halus yang aku tak nampak. Tapi rupanye normal bila baby meragam waktu malam. Banyak lagi yang aku kena belajar. Smlm Aimi dah disunatkan. Aku lak lupa bawak pampers dia. Mmg bnyk lagi aku kena belajar..huhuhu

Cody, Ompok dgn Obu agak terabai skit bila aku sibuk dgn Aimi. Tapi hubby aku ada uruskan diorg. Bila ada masa terluang..atau pun masa baeek punya..time abah ngan mummy xde, aku sempat main2 jap dgn diorg. Diorg pun dah macam kemaruk lama tak bermanja dgn aku. Yang aku perasan Ompok sll renung Aimi bila aku lalu depan cage diorg sambil dukung Aimi. Hubby aku kata perasaan aku je. Tapi taktau la sbb aku rase cam dah terbond dgn Ompok tu. Maybe ada betul gak ape yg aku rase. Sbb selama ni dia la yang paling aku manjakan. Skrg dah xdpt nak spend bnyk masa dgn diorg. Tapi aku pastikan yg aku takpernah buat tak tau je kat diorg bila lalu depan cage diorg. At least tegur skit..atau hulur2 jari pegang diorg mane yg dapat..huhuh.

Makin hari Aimi makin baik. Sememangnya dia baik masa hari pertama dilahirkan lagi. Kat wad org katil sebelah heran tgk dia tak nangis. Kalo tak tido atau menyusu, dia baring je tgk keliling. Hari ni masuk hari ke4..aku dah mula dapat sesuaikan diri dgn kerenah Aimi. Dah paham ape yang dia nak. Semoga Aimi jadi anak yang baik utk kami. Aimi la penenang hati aku...dan Cody, Ompok dan Obu tetap jadi penghibur hati aku.

Hidup aku bertambah gembira dan diberkati...

Friday, September 19, 2008

Pengalaman melahirkan

Aku dapat signal bersalin dr baby pukul 3 pagi 16 Sept. Contraction slow je mula2 tp aku pun xleh nak smbg tido sbb dah nak msk time bersahur usual kat rumah ni. Aku join mkn sahur cam biasa wpun aku dah target mesti hari tu jgk aku bersalin. Kitorg gerak gi husm lepas smyg subuh. Takut toksah cite la..aku sempat pesan pada Cody, Ompok dan Obu utk doakan aku...

Sampai lam kul 7, mummy run ctg kat baby. Lepas 15min water bag aku pecah. Siap kuar dgn muconeum. Mummy dah cam gelabah. Aku nak gelabah gak, tp xtau ape effect kuar muconeum tu. Aku xtahan sakit bila nurse buat v.e nak check jalan baby. Aku xtahu sesakit tu sbb tu mental aku xready lagi. Adus...masa tu jalan baru 4cm.

Aku kena tolak masuk labour room. Terbaring situ tahan sakit yg memula xberapa sakit. Mummy gilir2 dgn hubby aku temankan aku. Pas sejam nurse datang masukkan pitosin kut drip line. Lepas tu la bermulanya kesakitan yang aku xpernah bayang pun sblm ni. 5minit sekali dia datang dan rasa tu sungguhla seksa nya. Lepas sejam dua sakit tuh dah sampai rasa nyawa kat hujung2 dah. Macam2 ayat aku baca...sampai aku dah tak mampu nak baca lagi. Aku bleh dgr hubby aku dgn mummy bacakan ayat2 utk aku. Yang mampu aku ikut aku ikut...
Jalan baru 8cm bila aku dah rasa kepala baby dah kat hujung dan rasa mcm dah nak push. Tapi mummy suruh aku tahan. Takut kepala baby bengkak. Bila dah bnyk round contraction last2 tu dtg, nurse check tgk dah nmpk kepala. Seingat aku ada la dalam 5-6 org termasuk mummy ngan hubby aku yg bagi semangat utk aku push. Tapi aku xpandai beranak rupanya...cara push tak betul. Dalam kesakitan tu aku leh dgr mummy n few nurses arahkan aku buat cara betul..tp aku dah xleh nak buat. Aku push je yg termampu dengan harapan baby aku selamat keluar je.

Masa baby dah lepas kepala, aku rasa macam hamba yang dimerdekakan. Lega dgn syukur sgt sbb baby selamat. Dalam kesemputan dan kepenatan tu, aku dapat rasa ciuman kat dahi dari hubby aku. Alhamdulillah pukul 1.30 tghr 16 September 2008 selamat la Aimi Husna lahir ke dunia.



Aimi Husna bt Badrulhadza...'Keberkatanku yang indah dan baik'

Monday, September 15, 2008

Obu kembali ceria





Obu dah kembali ke Kota Bharu dengan hubby aku, Cody dan Tompok.
Ari pertama sampai aku tkejut tgk dia kurus betul.
Dah cam skeleton dalam lab tu. Aku tukar menu makan diorg.
Pas sehari dua Obu dah kembali ceria...
Dia ade aku ngan hubby aku, kakak dan abang dia..
Semoga Obu kekal ceria dan kembali gemuk macam Cody..

Saturday, September 13, 2008

Obu yang masih kesepian




Semalam sebelum masuk waktu berbuka, hubby aku mms.
Akhirnya Obu makan jugak. Walaupun secebis daging ayam je.
Dah dekat 2hari dia tak makan.
Kitorg pun xsure dia sakit atau sedih mengenangkan pemergian Oleng dan Mimi.
Abang dan kakak Obu jaga satu2 adik dia dgn baik.
Berkongsi kasih sayang dan kesedihan saat saling memerlukan.
Nilai yang ada pada diorg ni la yang buat aku sayang sgt utk melepaskan diorg pergi.
Semoga Obu kembali ceria mcm dulu..wpun kehidupan kami semua dah berubah dgn pemergian Oleng dan Mimi.

Friday, September 12, 2008

obu yang kesepian




Obu bermurung lepas pemergian oleng dan mimi. Dia kongsi kesedihan dengan kakak Ompok. Ompok la peneman satu2 adiknya yang tinggal tu. Semoga obu tak terus macam ni. Doa oleng dan mimi selalu bersama kita. Kitorg sayang obu...

Thursday, September 11, 2008

kau pergi jua

Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

Selamat Tinggal



Gambar terakhir oleng ngan mimi yg aku ada



Selamat tinggal Oleng dan Mimi. Semoga ada rahmat di sebalik pemergianmu. Kitorg akan selalu ingat keletah dan kenakalan korg berdua. Kasih sayang kitorg sll bersama korg. Terima kasih sebab dah menceriakan hidup kitorg selama 3bulan lebih ni......

Wednesday, September 10, 2008

kisah perkahwinan seorang makcik dan pakcik



Perkahwinan mereka dah menjangkau hampir 40 tahun. Melihat pada angka mungkin nampak bahagia. Tapi tiada siapa tahu apa yang tersimpan dalam hati makcik tu. Hampir setiap hari hati makcik terluka dengan gangguan dalaman yang merosakkan hati makcik tersebut. Setiap hari makcik terluka dengan ucapan kasar dari pakcik tersebut tanpa menghiraukan kepayahan dan segala pengorbanan yang makcik itu telah curahkan. Bukan pakcik tu tak ada sebarang kebaikan tapi segala kebaikan tersebut telah di litupi oleh seksaan jiwa dan tanpa ucapan manis yang diperlukan untuk melembutkan hati seorang isteri. Seorang isteri seperti makcik itu juga memerlukan perkataan yang baik, wajah yang ceria, senyum yang manis, sentuhan yang lembut, ciuman yang mesra, pergaulan yang penuh kasih sayang, dan belaian yang lembut yang menyenangkan hati dan menghilangkan kegundahan.Penyiksaan ini telah berlarutan seusia perkahwinan mereka. Kesabaran makcik tersebut sahajalah yang mengekalkan dan meningkatkan angka usia ini saban tahun.












Perkahwinan aku baru setahun jagung. Aku bersyukur kerana dikurnia seorang suami yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang agung sebagaimana tertulis oleh Islam. Walaupun banyak kekurangan tapi aku tetap menyanjungmu sebagaimana engkau sentiasa menyanjung dan menghormati diriku sebagai isterimu. Terima kasih....






Semoga Allah jua yang membalas segala pengorbanan dan kepayahan makcik selama ini

Tuesday, September 9, 2008

2 kittens are better than one

Aku duk webhoping arini, tibe2 came across 1 artikel from http://www.thecatzine.com.


Teringat kat kodi dan tompok masa kecik. Kodi sakit xlarat nak bgn pun. Tompok duk teman dia kat sebelah, sambil jilat2 abang dia tu. Sampaila esoknye tompok pun jatuh sakit yang sama macam kodi. Pas sehari dua diorg sembuh sesama....

Skrg diorg berdua jaga adik2 yg 3 ekor tu. Main sama2, makan sama2, tido sama2....
Manusia pun lum tentu leh jadi sebaik tu


Aku amik dr net tu...
Below, I listed 10 reasons why “two kittens are better than one”:
1. You’re saving two lives instead of one.

2. One kitten can become lonely.
kitten need friends to play and grow together.

3. One kitten can just make an older cat mad.
kitten will always want to play with an older cat, sometimes older cat do not want to be disturb, so your one kitten will make your older cat day miserable.

4. Two kittens will “self-train.”
Kittens learn by copying. If one kitten is quick to learn appropriate litter box use, the other will be likely to copy. They also help each other with grooming; wash up after meals soon becomes a ritual with two kittens.

5. They help each other burn off energy.

6. Fewer behavior problems with two kittens.
Much like their human counterparts, kittens sometimes misbehave because “negative attention is better than no attention.”

7. Curiosity overcomes “food finickyness.”
One kitten will become the leader, and another one will follow. When you serve a new food, one will come first and try, and another one will come later. They need each other.

8. They act as pillows for one another.
2 or more kittens will always sleep with other, and make one another as a pillow. Imagine it you only have 1 lonely cat, he will be really sad.

9. Having two kittens is insanely fun.

10. They will each have a friend for life.
Two kittens who grow up together will almost always be lifelong friends. Although they will sometimes have their little squabbles, you will more often see them engaging in mutual grooming, playing together, and sleeping with their best pal.

Monday, September 8, 2008

penangan ape kah ini.........

Bangun sahur td aku masak skit2 yg patut. Sian kat mummy penat smlm sehari tunggu toki yg tgh sakit n kena tahan kat wad. Pg ni xde lak tanda2 baby nak kuar. Nampaknye mmg hubby aku tpaksa balik penang dulu...sob...

700am
bg kucing2 makan.arini dah nak balik penang diorg. aku suh hubby aku bwk diorg balik sbb kesian kat sini abah suh kurung lam cage besar tu je.diorg cam tension xdpt lari2. tgk diorg makan jap ngan suap ubat2. kot pasni ade yg ilang xbalik umah dah...xdpt dah jumpe...
900am
nak kemas cage kucing ngan hubby aku. tp dia ajak tgk cite Haiwan Teladan kat tv3. tgk jap abis tu gi kemas2 mane patut. basuh n lap yg comot. masukkan diorg lam cage kecik.
1030am
hubby aku dah start nak gerak.babai2 skit.control sedih sbb kena tinggal kat sini.nak ikut balik tp baby xkuar lg..hukhuk..sian hubby aku kena balik sorg
1115am
bukak laptop online.tgk email paper aku anta ke journal forensic science kena reject.aritu paper lg satu pasal decomp dah kena reject gak.lum format balik lagi.baca2 reviewer's comment mmg ade logik gak.nanti nak kena edit balik.nak pecahkan jadi 2 paper..tp skrg...malasssss......xde mood

ym ngan k ust

ym ngan wani

ym lagi ngan dayang..

ngan mena.....................



hubby aku tepon kate kodi bising lam keta......
nyesal lak rase xamik terus ubat tido kat kodi ngan ubat cegah hamil kat tompok masa gi klinik aritu.....
adoi..........







melalut smp kul 300pm
tgk kat luar bilik kiki ade kat pintu depan lagi.tekejut aku.ingatkan dia dah masuk pas hubby aku gerak td. ntah2 dia tunggu hubby aku balik.suh kiki masuk tido sbb nmpk ngantuk.

masuk bilik tido jap sbb sakit pinggang


330pm
br bgn smyg zohor.terpk hubby aku mesti dah nak smp umah.jap tu dia tepon kate dah smp.adik ade lg kat umah.alhamdulillah selamat sampai....



aku duk mundar mandir sbb xnmpk abah ngan mummy lam umah..kot lam bilik tido sbb penat jaga toki.dah terasa nak makan mcm2 wat buka ni...tp hubby aku xde..xlehla aku nak mtk2..




500pm
abah tanya nape wat balik kucing..suara cam keras...dia kate dia cuma tanak diorg lepas main je..aku nak cover line takut jadi keruh aku kate diorg teringat mak diorg sbb diorg lum cerai susu..suara abah slow balik...pastu abah bebel psl beberapa hal yg xberkaitan dgn aku...aku dgr je..


sbnrnye aku xlarat nak dgr...
br nih pun duk dgr mummy luah perasaan pas kena bebel hal sama kat abah






kepala aku pun serabut dgn hal lain....
dgn urusan aku sndr.....


hal timing baby nak kuar ngan keje hubby aku...
takut nanti sakit nak bersalin time xde transport kat rumah
hal tesis n data2..
hal paper nak dipublish...
hal application tulis tesis lam english....
hal nak extend...
nak kena anta notis kat postgrad school
kat fac
kat uitm







adoiiii......
aku rase cam sume benda tak kena skrg......
emo pun dah xstabil..........................

Wednesday, September 3, 2008

ramadhan mai lagi

Hari ni dah 3 Ramadhan. Aku ngan baby dah hampir berjaya puasa untuk hari ke 3. Baby aku kuat rupenye. Xde meronta2 kelaparan ke hape..hehe. Bagus2..td dah siap pasang katil baby lepas berhempas pulas ngan hubby aku. Rasa cam nak beranak terus, letak dia terus kat katil tu. Tapi kang sekerat hari lak pose aku ni..Rugi2...

Dari 1st day puasa aku dapat puasa sama hubby aku. Pas habis perarakan merdeka aritu terus dia dtg sini bwk kucing2 sume. Terubat rindu kat dia ngan kucing. Tapi abah xbg diorg masuk rumah. Sib baik hubby aku terbukak hati nak bwk cage besar tu. Blh la mengaburi mata abah dgn kurung diorg kat dlm tu time2 peak hour..peak hour tu adalah masa abah mundar mandir dalam rumah. Kalo time abah gi mesjid atau wt keje lam bilik aku lepaskan diorg bg diorg main kat tanah. Seronok diorg korek lubang buat jamban..hehe. Pastu ada lak kucing2 jalanan yg dtg curik makanan diorg. Smlm bwk diorg gi klinik. Sbb dah lama aku tgk diorg asyik berak cair. Hehe seronok kat sini..nak gi klinik hewan pun senang.

Jalan2 kat bazar rmadhan kat kb ni seronok sgt. Banyak gile kueh2 menarik yg aku xteliur pun nak makan sblm ni..tp sbb pose kan, smp naik mabuk tgk. Tgk je lum makan lagi. Kalo kat kl jgn harap la..kueh akok pun buat cincai2 rasa cam kueh bakar...asal ade rupe je. Aku nak mkn cukup2 sblm baby kuar. Nanti dah kena pantang lak..tgk je la org makan best2. Apa2 pun semoga ramadhan ni bawak keberkatan utk kami sekeluarga. Aku dah bersiap sedia nak menimang budak kecik ni. Bulan ramadhan sambut baby..semoga baby tu jadi semulia bulan kelahirannya..Insyaallah

Friday, August 29, 2008

baby vs kucing

Abah kata..kalo aku dgn kucing
baby membesar tak sempurna

Apa maksudnye????
Aku membesar pun kongsi perhatian dgn adik beradik lain yg ramai tu
Elok je..

Takkan aku nak pertikaikan statement abah tu
Maklumla abah dah banyak makan garam
Tak boleh ke aku jaga dua2..
Tak mampu ke aku?
Diorg ni xtau ke yg aku ni manusia multitasking

Tak tau..
Aku depressed setiap kali org ungkit hal ni
Nangis sorg2..wpun dah cuba tahan
Takut kena antinatal atau postnatal depressed

Org mmg tak faham
dah takkan faham...



Dalam hati aku yg paling dalam2....







Rindu pada kucing2......
Semua ni kurnia dari Allah
Sbb kurnia ni lah aku jd macam aku skrg
pd org lain sekali..




Bukan saja pd kucing................

Thursday, August 28, 2008

teknologi yg melecehkan

Arini ada appointment antenatal check up kat husm. Ni first time aku check up kat sini. So kena bukak folder baru. Aku gi ngan mummy selaku midwife pencen kat husm tu. Urusan register tu senang sikit la..cepat..hehe. Tapi kitorg mmg dtg awal. Masa sampai baru je berapa org tgh tunggu turn. Pas aku dah pass urine utk test albumin ngan glucose ramai dah org dtg. Berat pun dah naik sekilo dalam seminggu..alamak bahaya gak ni. Kang payah lak nak turun.

Lepas ultrasound baca report baby diorg estimate dalam 2.8 kg je. Harap2 jgn la besor sgt..kang payah lak nak bersalin sok. Baby pun position cephalic..ok dah tuh..dah masuk line betul sementara tunggu masa nak kuar. Alhamdulillah overall sume ok. Pas settle urusan check up mummy ajak ziarah mcik depan rumah yg kena masuk wad sbb kena potong kaki. Pastu gi wad lama mummy lak jumpe kawan2 lama. Hepi je aku tgk mummy borak2 ngan member2 lama. Kat klinik o&g tadi pun sume member dia je..hehe. Dasat mummy aku neh. Mummy lepak kat wad dulu borak2 smbl tunggu k ina dpt kuar anta kitorg balik. Aku gi jalan bawah nak settlekan hal maybank2u aku ni. Nak bayar hutang kad n loan keta kat Alliance Bank tpaksa pakai maybank2u. Aku ni dah jakun giler xpenah guna mende tuh wpun dah ada acc maybank kat 5thn lebih dh. Cam2 lak kena register kat atm. Tgk2 atm maybank kat husm tu offline gak. Adoi..cari kedai top up tepon abg nizam tanya pasal borang ngan surat application aku kat postgrad office. Sib baik abg nizam rela nak tolong. Call uitm lak xbejawab. Mesti surat tu kan tnc lagi..xsesiap.

Dah xtau ape nak buat aku naik cari mummy. Pesan kat mummy k ina suh ckp member dia kat labour room. Ikut lagi mummy gi labour room. Harusla aku xleh masuk. Mummy selamba je gi masuk. Kalo aku blh masuk pun mau ngigau malam ni mimpi bersalin. Sbb dah dpt gmbaran cane rupa labour room yg mummy sll exagerate tu. Aku cuma dpt gambaran cane esok2 time time hubby aku tgh tunggu aku bsalin. Nak suh dia masuk gak teman..ngan tgk payahye nak beranak ni.

Balik mtk k ina anta aku gi atm jap. Nak register TAC je. Smp rumah rilek segala, dah ptg baru la nak bukak maybank2u tuh. Tp proble..aku call k uji tanye. rupenye tahan 2jam je TAC tu. Adoi..dah la nak kuar payah. Aku pun malas nak nyusahkan abah. Or nyusahkan hubby aku suh dia gi sg petani byr segala hutang tu. Tension2..kalo aku tahu, baik aku register no tpn aku je kat atm tu. Buta sungguh la..payah la bila teknologi tanak diguna pakai, hatta diambil tau sekalipun.



Ape2 pun..aku still rindu kucing2 aku kat penang. Semalam masa makan, aku kumpul2 kepala ikan. Tetibe br je teringat diorg takde ngan aku...hukhuk....

Wednesday, August 27, 2008

miss my cats

Dah seminggu aku tinggalkan kucing2 kesayangan aku tu kat rumah. Skrg hubby aku la yg duk mengasuh diorg. Dah bleh ajar diorg main ngan berkumuh kat luar rumah. Cerdik anak2 aku. Senang diajar. Rindu dgn kekecohan diorg tiap2 pagi. Tunggu depan pintu bilik nak makan. Paling aku rindu kat tompok. Hubby aku kate aku pilih kasih. Sbb sayang tompok lebey2..hehe. Dia budak baik..xsll bg problem kat kitorg. Dah la muka innocent..suara pun jarang kuar. Cuma sejak dua menjak aku dekat2 nak tinggalkan diorg sbb nak prepare utk bsalin ni dia manja skit. Sll dtg hulur kepala mtk garu.

Hubby aku jaga diorg lek lok wpun sekali sekala ada pesan kat aku pasni xleh bg diorg masuk umah dah. Aku xkisah (ye ke xkisah...aaaa) asalkan diorg ada rumah. Aku leh tgk diorg hari2. Momo yang hilang dah hilang terus..xbalik2. Mesti ada org curi mcm comot dulu. Benci sungguh..

Mummy kata nampak aku mcm risaukan kucing tiap2 ari. Sbb aku sll duk tunjuk kat mummy gmbr kucing aku dlm handphone. Mak2 ni sll mmg ade instinct dan paham anak dia..hehe. Aku duk ngan mummy n abah rilek je. Wat keje sndr. Xyah masak2 hehe sbb mummy aku mmg rajin. Abah pun xleh duk diam. Ade je bende nak dibuat. Smlm aku dah berjaya anta paper aku ke journal of forensic science. Pulun2 dpt gak siap. Kalo aku pulun concentrate betul2 ngan tesis ni sempat siap sbl ujung tahun.



Hm.. rindunye..rindu life kat penang. Jaga hubby..jaga kucing...nanti nak suh hubby aku bwk diorg dtg sini...yea yeaaaa

Mtk2 diorg doakan mudah urusan bersalin aku nanti....

Tuesday, August 26, 2008

sakit

Mlm ni kuat lak baby gerak
Siang td idok le sebegini rupa
Adui...sakitla..mcm dah nak tkeluar lak
Dahle penat neh
Tungkus lumus siapkan paper siang td
Rindu hubby aku
Nak suh dia rase gak sakit ni....

Sunday, August 24, 2008

menunggu hari

Aku skrg dah ada kat kb. Khamis lepas balik..xplan sgt nak balik awal. Tp memandangkan perut aku sll ada false contraction, takut gak aku. Hubby aku pun bz next week. Balik terus leh rehat2 kat umah abah dulu. Mummy dah wat appointment next week utk aku kat husm..hehe tatau cane nak ilangkan rase takut nak menghadapi hari2 tu nanti. Arini dah masuk 36 minggu +2 hari. Hubby aku br balik penang td..tpaksa la dia duk sorg..cari makan sndr kat rumah. Sian dia. Sib baik ade kucing2 peneman..hehe xtaula 'sib baik' ke utk dia. Aku dah bekalkan ikan2 rebus siap ngan nasik utk stok seminggu hehe. Abis perbarisan utk hari merdeka nanti hubby aku nak balik sini balik. Cuti puasa seminggu sambil tunggu baby muncul melihat dunia. Dapat gak pose sama2. Kalo baby keluar awal bulan depan dapat la hubby aku sambung cuti lagi seminggu. Mummy pun suh bawak kucing2 dtg sini nanti. Takut xde org nak jaga. Hubby aku pun nmpk xkisah..hehe sian dia..xpela..janji nanti nak jadi ayah dah..dah besor anak cikgu ramlah ni...

Tuesday, August 19, 2008

tompok keguguran

Semalam tompok gugur. Kuar baby dia 3 ekor yang belum betul2 jadi kucing. Tp anggota segala sume dah ada. Cuma belum ada bulu. Kesian tompok..aku pun xtau dia bunting. Smp kat rumah smlm pas tinggalkan diorg seminggu aku perasan yg perut dia ada ketul2 cam perut aku. Dah agak dia pregnant masa tu. Masa tgh kemas2 rumah dia dtg kat aku dan asyik duk ngiaw. Heran jgk sbb dia manja xmacam tu. Pas tu la nampak tompok2 darah kat lantai. Aku duduk teman dia masa dia sakit. Yang last kuat masa dia kat toilet..kat dalam pasir. Aku ngan hubby aku tanam daging tu kat belakang rumah. Mlm tu tpaksa kuarantinkan dia sbb dia xreti duk diam. Bila dia main2 dgn adik2 dia start bleeding balik. Nasib baik kejadian Tuhan sumenya elok je. Kalo org miscarriage mesti berhari2 bleeding. Dia jap je. Arini dia dah ok n sihat.

Baby tompok..kesian mati sblm sempat tgk dunia..dah la dah menjadi..hmm ada le rahmatnye nak kurangkan populasi kucing kat rumah aku.

Momo plak hilang ni. Xde kat rumah masa kitorg sampai semalam. Hmm xtaula nak kate ape..aku harapkan dia balik je nanti. Risau takut dia xmakan kat luar sane....

Friday, August 15, 2008

tesis ku

Dr K.O sms bgtau kena apply dgn postgrad office kalo nak tulis tesis dlm english...
Awal2 tanak bgtau...
Hmm sib baik aku still kat kl..
Sempat ke ni.........

Thursday, August 14, 2008

trip to MAHA

Smlm lepas settle collect data chromatgram GC kat Kimia UKM, aku gi MAHA. Ngam2 je lepas hubby aku br off duty. Punya la panas n jauh parking lot visitor dia dr hall pameran. So aku decide nak cilok masuk ke parking exhibitor wpun keta aku xde lak stiker exhibitor yg besar gabak tuh. Xpe ah pape hal kang leh suh hubby aku jawab..hehe. Tambahan lak aku kena carry perut yg dah xtau bape kilo ni. Takkan la nak jalan or naik tramp yg ramai giler org tu.
Betul kata hubby aku n a few staff Mardi lain yg MAHA kali ni mcm menganak tirikan Mardi since xde pun logo Mardi yg aku jumpa around tapak pameran tu.. kecuali kat booth Mardi sndr n kat tong sampah..hehe. Sian diorg penat2 organize..sib baik aku dah quit lama dari Mardi. Bila pusing2 dekat2 booth Mardi tuh try gak aku jeling2 cari bos lama..sape lagi kalo bukan Dr KL tu. Takde lak dia..hehe sib baik. Malu gak nak jumpe kengkawan lama kat sane since aku lum lagi abis study ni. Nak jumpe kena dlm keadaan best skit..esp dgn Dr KL. It's not that aku nak menunjuk kat dia or something yg seangkatan dgnnye..tp sbb xsempat say gud bye n betulkan ape yg xbetul dulu. Haha ntah2 dia pun dah xingat aku..staf yg dia penah sebut "u la antara staf i yang paling rajin"..tu pu sbb dia nak mtk tolong settlekan proposal dia yg tpaksa guna format excel n dia xpandai nak guna. Org besar gitu le..kita yg kecik ni ikut je..
Aku xjalan abis kat MAHA. Tlepas peluang nak tgk kambing Boer (yg aku kenal sbg boye) n lembu cherooke yg sihat2 tu. Plus ada rodeo show lak kat situ. Tak larat nak jalan jauh2. Tu pun dah tgeliat jari2 kaki skit. Sib baik leh jalan balik ke keta. Seronok tgk bnyk gak sbnrnye produk local yg kalo tak diexhibit n dijual kat MAHA, xtau mane diorg jual. Rupenye kat Malaysia ni bnyk usahawan produk pertanian ni..hehe tidak ku tahu pula. Haha sesuai sgt la aku quit Mardi. Patut la pak lah sibuk mencanang pertanian adalah perniagaan..huhu xtau ayat sape dia tiru..ekekek.
Balik dari MAHA dah janji ngan safri, hubby elyn nak amik cage kucing. Sian dia bawak bende 25kg tuh dr sabah mai sini. Jual kat aku lak murah je. Baik gak safri tu..ckp lembut mcm elyn. Sesuai sgt la. Murah la rezeki diorg nanti. Tak sabar nak balik pasang cage tuh bagi budak2 kat rumah main. Mesti diorg seronok ada rumah baru. Rindu la kat diorg..dah 3-4 hari tak tgk. Hari2 aku tgk gmbr ngan video diorg lam phone.Tunggu la ye..habis aku n hubby aku settlekan borang loan rumah kat treasury nanti kitorg balik.. balik bawak cage baru kat korg sume..

Tuesday, August 12, 2008

Kisah hari ini..12 ogos

Date: 12 Ogos 2008
Time: almost 12tghr
Location: Taman Impian Ehsan, Balakong
Situation: Mengadap laptop smbil nyutnyut izzati

Smlm aku n hubby aku bertolak ke kl..tanpa kucing2. Rasanye ni first time dtg kl xbwk kucing sejak start bela tam, putih n adik. Tu pun sbb kitorg dah xde rumah kat kl..hehe duk umah k uji je kali ni. Kucing2 suma dah ditinggal kat umah dgn berbeban2 biskut n ikan bakar sekilo. Blehla diorg survive.
Sampai kl singgah umah adik aku, ei kat rawang. Blh tahan gak la rumah yg dia dah renovate tu. Plus sofa yg best giler. Ptg tu on d way gi umah k uji singgah lab amik dichloromethane nak dilute sample aku utk 2D GC. Penatnye aku dah 1 hari duk lam keta je..smp baby lam perut pun jap guling kot ni..jap guling kut tu. Ermm smlm mummy pegang perut..mummy kate baby aku kepala dah rase ade kat bawah. Mummy pesan takmo lasak sgt smp bg chance baby naik balik. Alhamdulillah.
Hmm arini xtau nak wat ape selain top up2 tesis aku ni. Nak submit le draf before deliver bdk ni..kang dah kuar payah lak nak buat. Tp kena tgk izzati ni jap..hehe lapa susu dah dia...

Thursday, August 7, 2008

mak pening nyah....

Smlm appointment check perut. Doc lak kate baby aku duk atas lg..skrg dah 34 minggu. Heran lak..sabtu lepas br scan ngan Dr Zainol kate dah ade bawah. Agaknya ada escalator dalam perut aku neh..blatih gi shopping..huhu.
Berita pening ni disusuli plak dgn berita dr hubby aku kat alor star kate keta ilang..adui. Ape lak ni..memula aku cam xcaya. Rupenya ada problem ngan finance..xtau ape punca sbnr sbb hubby aku tu strict bab hutang. Xde nye dia nak saje2kan miss byr utang..smp kdg2 aku pening asyik ajak gi bank byr hutang kad kredit..kdg2 2x sebulan. Tp ade la tu something wrong sumwhere. Sian lak dia nak amik balik kena byr certain amount gak. Aku dgr suara dia smcm lam tepon. Tp sib baik sbb finance..kalo kena curik lg la parah...
Tetibe lak mak mentua aku lak sms kate kena tahan wad.. mesti BP naik tuh dgr anak dia berproblem. Cam senang je naik darah dia skrg..xleh kabarkan dah berita2 memeningkan gini kat dia len kali.
Balik dr klinik pening lak aku. Sib baik ade bdk2 kucing ni peneman. Kalo tak aku xtau nak ckp ngan sape. Hmm ckp ngan kucing je..siannye kat aku...
Nak kena refer ke Hosp Seberang Jaya 28/8. Cane lak aku nak balik kelantan ni....dah le hubby aku sibuk berkawad hari kebangsaan lak. Skrg ni pun sibuk ngan kursus la..MAHA la..minggu depan kena turun kl lagi. Kali ni kena tinggal sume kucing kat rumah. Harap2 diorg pandai la berhibernasi dari makan nasik ngan ikan..pandaila makan biskut sepeninggalan aku nanti. Tak sabar nak amik cage dr hubby elyn..nak set up tmpt tinggal baru kat belakang kat diorg.
Hmm lambat lak laki aku ni abis kursus. Boring lak duk ckp ngan kucing je....

Monday, August 4, 2008

sakit pinggangku

Aku duk sorg je kat umah. Hubby aku ada course cd-base kat alor setar. Malas nak ikut sbb dia mesti bz selaku organizer..takut kacau lak. Sib baik la ada bdk2 ni wat teman. Subuh2 aku bgn nak sahur sbb nak ganti pose diorg dah sibuk nak sahur gak. Ermm xde ape yg menarik..nak siapkan keje mengemas malas lak sbb takut abis tenaga..hehe takut terlapo lak. Nak smbg write up xleh concentrate sbb lapo..hehe..Aku duk ngadap laptop ni pun jap je dah sakit pinggang. Tgk tv pun sama..kena ubah2 posisi. Hmm agaknye gitu la susahnya time mummy preganantkan aku dulu..hukhuk...

Sunday, August 3, 2008

kisah 2 minggu berlalu....

Dalam 2 minggu lepas macam2 dah berlaku dalam hidup aku. Hehehe serius je bunyiknya. Aku, hubby aku n d cats balik bangi sbb keje2 hubby aku kat serdang. Aku pun ada hal nak settle pasal chromatogram petrol aku dgn zam kat Kimia UKM. Plus kitorg dah decide utk stop sewa rumah kat bangi tu. Save la RM400 bulan2. Dgn perut yg membusung ngan bertambah berat saban hari aku slow2 kemas2 n packed sume brg yg melimpah ruah. Aku iklankan gak nak cr penyewa baru sbb nak selamatkan deposit umah tu..maklumla notis xsmp sebulan. Rezeki aku sbb senang nak dpt penyewa baru kat situ. Perabut2 kat umah tu tpaksa kitorg tolak kat sorg mamat ni yg run bisnes perabut 2nd hand. Ikutkan aku xpuas ati gak dgn harga yg diorg amik..tp nak wat cane. Sewa lori ke penang pun xbalik modal..tmbh2 rumah kat penang pun dah penuh brg. Meja makan ngan almari dapur paling bersentimental value sbb hubby aku beli wat suprise smp aku nak tpengsan. Tmbh lak masa tu dia dah balik penang..tinggal aku sorg2 duk menung tgk meja makan. Teringat masa memula kawin makan atas tikar..dia ckp kitorg mcm org miskin..hehe.. Tompok tido kepenatan lepas sibuk tgk aku mengemas smbl usha brg2 yg dia ngan adik2 leh amik wat main.

Hmm pasal kucing2..sepatutnya kitorg tinggalkan adik ngan baby2 dia kat rumah nyaie sblm balik penang. Tp aku lak teremotional satu hari tu smp hubby aku xsmp hati kot nak tgk aku camtu. Dia setuju nak bela diorg lagi..sekadar kitorg tmampu. Aku pun xtau asal tetibe je aku jd gitu..sbnrnye aku dah try kuatkan hati..tp xmampu.Sian hubby aku..tpaksa layan kerenah aku. Wpun aku seronok tp kdg2 ada gak perasaan kalo xde diorg lg senang hidup aku. Cuma aku xmampu n xkuat cmpr ngan xsmp hati tgk diorg xde tmpt tinggal...


Rakyat2 yg masih di bawah penjagaan aku n hubby aku..


27/07 lepas anniversary abah n mummy ke 36. Kitorg wat family gathering kat shangrila putrajaya..kecik2 je sbb xcukup korum. Aku doakan abah n mummy panjang umur n hepi sll. Semoga xde dah bende remeh temeh yg memeningkan kepala satu sama lain..wpun sllnya satu je yg sll pening heheh..dan harap2 aku ngan hubby aku pun dapat la capai no yg bnyk camtu...
Cheeeesssseee!!!!!
Kitorg tgh menanti ketibaan yg lelain..bjanggut nak menuntut janji melayu ni..smp lapar baby aku...
Hepi faces dgn voucher petronas yg berkeping2...buruk tul muka aku...overexcited...
Hubby aku yg sedang menjayakan kempen fuel for food dgn penuh expression...huhuhu


Skrg ni officially kitorg bermastautin kat bertam perdana. Rumah iris yg hubby aku plan nak beli tu pun nmpknye dah jd rezeki baby kitorg bila last minit ada 1 lot kosong. Harap2 sume urusan loan berjalan lancar. Wpun aku xtau lg mane aku kena keje esok..(wpun kemungkinan besar bukan kat sini)..tp tapak uitm kat sblh kwsn bertam perdana ni buat aku wondering.......hmmm hehe ntah la....
Satu lg harapan aku semoga kehadiran kucing2 ni esok2 xde la bg kesan kat baby aku..wpun dah mcm2 nasihat org aku dgr. Aku xmampu n xkuat nak buang diorg dr hidup aku. Aku cuma harapkan aku dpt bg diorg tmpt berlindung ngan mknn semampunya..semoga rezeki kitorg dipermurahkan sll nak cover kehidupan yg dah semakin besar ni.

Thursday, July 17, 2008

mood swing


Panas..berpeluh2..penat duduk..penat berdiri..berat perut..mcm2 la yg aku duk mengomel sorg2 dalam hati tiap2 hari. Mood pun kejap betul kejap tak. Tp biasa la kalo dah ada budak lam perut mcm2 rasa..hehe. Lately je rasanya mood aku ni mempengaruhi emosi. Maybe sbb bnyk rase discomfort kot time 3rd trimester ni nak banding dgn sblm ni. Pregnancy masa 2nd trimester la paling best. Takde rase xselesa...loya2 dah ilang. Ada kucing2 lak peneman. Time bosan leh tgk diorg main..borak2 dgn diorg. Pasni kena let go adik ngan baby2 dia. Sian adik..bila aku tgk mata dia yg besar, yg memenuhi separuh muka dia yg kecik tuh sayu lak rasa. Lama dah bela adik. Dari asal dia kat pasar kepala batas ngan kurap2 skrg dia dah jadi mak budak yg baik. Pandai jaga anak2..sayang kat anak2 dia. Tpaksa aku korbankan adik sbb dia still nyusu baby2 dia. Sib baik hubby aku kata leh simpan kodi ngan tompok. Tapi diorg pun aku dah kena ajar berdikari.
Kena tinggal kat umah je bila nak gi kl or memane. Hmm kuatkanla semangat aku nak melalui semua ni. Aku pun dah kena terima hakikat aku dah nak jadi mak budak. Aku kena jadi macam adik. Tapi sayang aku kat diorg takka hilang....

Friday, July 11, 2008

Minggu ke 30

Baby skrg dah masuk 30 minggu. 2hari lepas pegi check up dekat klinik kesihatan. Nurse kata kepala baby kat atas lagi. Belum turun..tp herannya kkdg aku dpt gak rasa kepala dia dah turun bila rasa berat semacam perut. Macam nak tjatuh. Ntahle..first pregnancy ni experience xbnyk. Ikut je la cakap nurse. Doc kata still ada masa utk baby pusing. Skrg sbb ada space lagi utk dia berenang2..Minggu ke 34 baru dia akan stick pada position yg tetap sbb dah xde space nak gerak. Doc bagi appointment hujung bulan ni utk scan. Aku pun nak tunggu appointment ngan Dr Zainol nak tgk baby cane dah rupa skrg..hehe excited gak nak tunggu masa ni...tinggal lagi 10 minggu utk sambut kehadiran org baru. Aku pun agak kuat makan la skrg..asyik craving benda2 manis. Balik dari klinik dah pekena kek secret recipe 2 slices..hehe. Time ni baik aku mkn je ape nak..nanti time pantang asyik kena makan ikan bakar jek. Insyaallah raya ni raya bertiga la kami...hehe

Monday, July 7, 2008

kisah kucing yang tak berdisiplin

Seminggu ni mcm tension skit dgn kenit2 yg baru masuk sebulan tu. Diorg dah pandai join makan nasik sama adik, cody ngan tompok. Jadi hasil pencernaan pun lebih kompleks la dari masa diorg isap susu adik je. Dah start buang merata lak tu..wpun aku dah usahakan bekas pasir sebagai jamban diorg. Lambat skit kot diorg ni nak mengenal bahawasanya nenek moyang diorg dulu sorok hasil pencernaan dalam pasir camtu la. Pasir yg bersih xbersentuh tu lak jadi bahan mainan cody ngan tompok. Tapi sib baik diorg berdua ni cepat paham bila aku marah n xbg diorg main pasir tu. Terus xkacau. Masa cody ngan tompok kecik senang je aku nak ajar berak bertempat. Tak cam adik2 diorg ni. Bdk2 ni pun nmpk cam degil2 skit. Penat gak tgk adik mengejar nak bg susu. Tpaksa la aku mencuci umah hampir setiap hari tanak bg ada kesan busuk diorg tu. Bila penat cuci2 tu perut rasa berat. Mcm nak jatuh lak baby rsnya. Agaknya tu kot kesan2 kalo keje smp penat.

Bila naik keta nak balik penang, adik plak mengiaw2 spnjg2 hiway tu. Ni satu yg aku still xpaham..dia sll bising bila ada anak kecik sama2 dia. Masa cody ngan tompok kecik pun camtu gak. Kat penang lain lak masalah timbul. Putih yg dah lama kena tinggal kat kitorg cam merenyam kat adik dgn tompok. Agaknya dah masuk musim mengawan kot. Masa kat bangi aritu xsempat nak kasi adik ngan tompok ni. Atas masalah2 kewangan la...biasala kan..eehehe. Aku ni nak yg murah je..at d end time dah ada duit skit, xsempat lak nak buat. Si jantan ni lak sibuk nak menambah zuriat. Aku dah xlarat dah wei..cukup la yg ada ni. Nanti jd masalah emosi lak utk aku bila kena buang beramai2. Tpaksa la aku mengawasi pgerakan bdk ni sume. Jadi keje la..

Off topic jap...Ari sabtu lepas aku attend kursus SPSS kat HUKM. Mostly yg dtg medical doctor yg nak wat specialist..ehehe ada la 2-3 org yg tsesat mcm aku. Skrg rsnye mcm dah paham n confident skit nak wat SPSS ni. Rupenye xde la susah benor. Yang penting kena tau nak susun data dalam worksheet tu je. Selama ni aku sangkut bab tu le. Hmm hopefully laju skit la writing pasni sbb dah dp lepas skit dah tmpt yg tsangkut tu.

Thursday, July 3, 2008

Menanti Kelahiran

Aku amik dr blog hubby aku..utk baby kitorg..xsabar nak tunggu dia kuar. Cane la rupanya..


Terlalu lama ayah dan ibumu menjadi penanti setia
Setahun lamanya ayah dan ibumu berusaha
Kepada Allah ayah dan ibumu berdoa
Semoga segera dikurniakan cahayamata

Hari ini ayah dan ibumu gembira
Usaha ayah dan ibumu tidak sia-sia
Kau bakal hadir umpama cahaya
Yang bakal menyinari kegelapan maya

Detik dan waktu terus berlalu
Namun ayah dan ibumu tidak pernah rasa jemu
Menghitung dan terus menghitung
Kehadiranmu sebagai yang sulung

Kegembiraan ini kegembiraan semua
Namun ayah dan ibumu tidak pernah leka dan lupa
Kepada Allah ayah dan ibumu terus berdoa
Semoga kehadiranmu nanti cukup sempurna

Begitu pantas perjalanan masa
Pergerakkanmu sudah mula terasa
Srikandi mahu pun panglima
Hanya tuhan yang menentukan segalanya

Perjalanan ini semakin singkat
Persediaan untukmu masih belum dibuat
Ayah dan Ibumu tidak pernah mengeluh berat
Segalanya untukmu pasti hebat

Salam sayang dari ayahmu
Salam sayang dari ibumu
Menghitung hari dan waktu
Kehadiranmu sentiasa ditunggu

Aimi Farhanah atau Aimi Husna

Baby aku skrg dah masuk 28 minggu. Hubby aku dah decide nak letak Aimi sebagai nama depan dia. Tu pun sbb Dr Zainol kata kemungkinan baby girl sbb dia xnmpk ciri2 lelaki kat baby aku tu. Aimi tu maksud dia keberkatanku. Cantik..aku pun suka..simple n takde la susah nak disebut. Kitorg still nak pilih nama belakang dia. Aku kenan Aimi Farhanah sbb teringat cikgu Farhanah Lee Abdullah, cikgu kelas ngan cikgu matematik aku masa darjah 4. Cikgu tu la cikgu all time favorite aku, spnjg aku jejak kaki kat sekolah. Maksud Farhanah tu aku dah lupa lak. Hubby aku suka Husna.
Tapi xkisahla ape2 pun..asal baby ni selamat lahir ke dunia. Kalo baby boy mmg dah ada nama utk dia. Skrg dia dah kurang gerak berpusing2 dalam perut. Agaknya sbb dh besar kot. Space dah kurang nak gerak. Cuma sesekali terasa la time dia tersedu dgn tendang2. Ada gak masanya perut aku nmpk bergegar...hehe seram gak. Tapi keseronokan time pregnant ni xdpt dibayangkan bila difikirkan keberkatan yang datang. Semoga baby yang bakal lahir ni sempurna sifat zahir dan batin dan ditakdirkan jadi anak yang soleh yg dpt la aku dgn hubby aku tumpang esok2. Jangan booking tmpt kat umah org tua awal2 lg kat kitorg..hehehe
Masa umur 3bulan..aku cukup cuak nak bg dia bertahan sampai 3bulan..takut dia xcukup kuat macam yang dulu. Tapi alhamdulillah rezeki kitorg kali ni..dpt gak dia membesar
Masa 26 minggu. Dah besar dah. Nak amik gambar pun susah sbb xreti duk diam. Sedap kot berenang2 dalam air ketuban..hehe esok2 leh jd swimmer negara..uhuhuh

Wednesday, July 2, 2008

Selamat Hari Jadi suamiku

Hari ni hubby aku masuk 27 tahun. Pastinya lagi muda setahun dari aku. Tak dapat nak sambut sama2. Dia kat penang keje..aku lak kat bangi lagi nak tunggu kursus SPSS yg aku bkorbar2 nak gi sabtu ni. Sebelum dia btolak ke penang aritu aku dah bg hadiah n kad. Budget pun kureng skit bulan ni. Accidentally sbnrnya jumpa buku JANGAN BERSEDIH- LA TAHZAN. Aku rasa mcm sesuai lak kalo bg dia buku tu dengan situasi kitorg skrg. Sebelum hantar dia kat Sentral aritu sedih sgt sbnrnya tp aku tahan je tanak nangis. Aku takut dia sakit lak. Batuk pun tak hilang2 lagi. Semoga hari jadi dia tahun ni jadi lebih bermakna sbb insyaallah dalam 2 bulan lagi kitorg akan dpt baby. Masa depan kitorg, biarlah dulu. Harap2 ada la rezeki anak dapat kitorg duk sama. Yang penting jaga kebahagiaan skrg sbb sume yg berlaku hari ni sekurang2 dapat dikenang utk hari esok.

Selamat Hari Jadi abang...

Tuesday, July 1, 2008

sakit gusi

Dari semalam gusi aku bedenyut2. Tapi sib baik belah bawah n kiri je. Tido semalam terjaga kul 2pagi. Sedar yg gusi aku tu macam dan tertarik ke bawah. Bahagian pipi pun dah macam bengkak skit. Aku tak dapat nak sambung tido. Baring kat sofa, layan je tv3 smp telelap. Bgn waktu org azan subuh. Tgk tompok ngan cody ada kat kaki..senyum sendiri. Sayang sgt kat diorg. Aku tgk cermin muka aku dah mmg senget sebelah. Bengkak pipi ngan dagu. Dagu aku yg panjang pun dah jadi makin lonjong. Memang kena gi klinik neh. Gi la aku jumpa doktor gigi tu sorg2..hubby aku dah balik penang kena keje..sob. Doc tu bg antibiotik. Kata xdpt nak xray sbb aku tgh preggie. Dgn muka senget sblh tu gak aku gi pasar beli ikan kembung kat kucing2 sbb stok dah nak abis. Sayangnye aku kat diorg..xleh putus makanan. Pas dah rebus aku tinggal la umah gi umah k uji lak sbb janji ngan abah temankan dia sementara abah balik. Rase penat sgt time drive. Time aku tgk2kan izzati yg xleh duk diam wpun tido..bnyk kali gak aku tlelap sama. Penat xcukup tido campur sakit tahan denyut. Adoi..aku xsabar nak balik umah tgk muka tompok..letih...sakit...hukhuk

Saturday, June 28, 2008

kucing2ku yg cantek

Lama dah aku nak updatekan gambar2 kucing2 aku yg dah beranak pinak dan dah membesar. Seronok tgk diorg membesar dgn peel n perangai yg berbeza2.. mcm anak org lak. Tapi rupanya kucing pun ada perangai sendiri. Kalo ada fund utk study cat's behavior mcm yg org pernah study atas haiwan n serangga2 lain kat dunia ni..aku sanggup jadi volunteer tak bergaji utk kajian tu. Tataula mana dtgnye hantu kucing dalam diri aku ni..dari kecik mmg aku suka sgt kat kucing. Sbg org yg fleksibel mcm aku ni kkdg payah nak cari interest dalam diri aku. D only thing yg jd interest aku..kucing je la. Haha jgn tatau..masa umur 4 thn, aku ikut k ina gi sekolah tadika tokono, tadika cina dekat ngan umah aku tu. Tapi 1 ape pun aku xtau ape aku belajar kecuali nak eja cat. Bila dapat adik, aku suh abah n mummy panggil aku cat..sbb tanak kena panggil kakak or ape je yg berkaitan sbg org yg lagi tua..ekekkek. Boleh?Hmm boleh je..melekat sampai tua nama tu...

Aku ada impian kalo satu hari nanti aku jadi org kaya, aku nak bukak center utk jaga kucing..mcm SPCA..hehee. Aku akan kutip sume stray cat wat balik bg dia membesar dgn makan cukup. Pakai tak yah nak jaga dah..sbb bukan diorg pakai baju pun..ekekkek kuat berangan...Hmm

Ni la gmbr2 kucing2 aku yg di bawah penjagaan rapi aku skrg. Menu utama diorg nasik dgn ikan rebus. Ikan aku akan siapkan 2kg simpan dalam peti. Tahan la dlm seminggu. Sejak dua menjak ni barang naik harga..ikan pun sama. Kalo beli ikan kembung kat kepala batas masih leh dpt murah skit banding ngan kat bangi. Maklumla bandar besar..kata hubby aku.

Skrg dah ada 9 ekor. Baby ada 4 ekor. Tompok ngan cody pun dah besar..diorg dah nak masuk 6 bulan. Cepat rasanya diorg ni membesar. Skrg makin meriah dgn kehadiran adik2 diorg yg dah nak masuk sebulan. Aku suka tgk diorg main2 sama2. Mula2 nak biasakan diri dgn adik2 payah jugak..asyik marah je. Tp lelama ok dah. Skrg pun diorg ada perangai baru..nak tumpang ataupun istilah lain, berebut susu mak diorg dgn adik2 yg kecik lg tu.

Mak diorg aku panggil adik. Dulu kutip kat pasar kepala batas. Masa tu kaki dia berkurap. Pas bg makan sedap2 kot dia baik sendiri. Bila adik beranakkan cody n tompok, dalam 2-3 bulan je diorg dah cerai susu sbb adik pregnant lagi. Adik asyik marah je diorg bila dtg dekat. Lepas adik beranakkan adik2 diorg ni baru adik mula nak baik balik dgn cody n tompok. Sbb tu diorg berani nak dtg mtk susu. Agaknya xpuas menyusu masa kecik..hehe mcm2. Bila aku ceritakan kat mummy, k uji mcm miss ribut tanya cerita psl sapa. Hahaha dia yg mmg xgemar ngan kucing tetibe wat muka menyampah bila aku kata ni kisah psl kucing aku..ekekkek. Seronok bila kita menghargai kehidupan lain di sekeliling kita.. tak hanya memikirkan kisah hidup kita yg berliku-liku.....

Cody n tompok buat cubaan nak curi susu masa mak dia leka tgh grooming

Lawak tak? Tompok tu dah lg besar dari adik..tu pun nak gelabah lagi berebut ngan baby2
Hahaha sian adik....

Mimi ngan momo..cam kembar...



D babies..

Tompok suka buat muka gini bila duk atas pangku aku...nak menagih kasih kot

Hehe seronok2..tp cane lepas ni..nanti kena ikut hubby aku study kat los banos..cane? cane? mana aku nak letak diorg...ada ke org blh bg diorg kasih sayang tander loving care mcm aku bagi..hukhuk..shedeyy..

Friday, June 27, 2008

ikan siakap dan sup ayam



Lepas baru 2-3 hari balik kepala batas, hubby aku trun balik kl ptg rabu lepas. Tu pun sbb ada meeting kat serdang. Sib baik jugak sbb aku still risau dengan kesihatan dia. Teruk je dgr demam dan bauk kat dalam telepon. Sian lak xsihat...duk sorg2 lak kat sane. Tp putih ada temankan..hehe..putih trauma lepas sll kena tinggal kat bertam skrg. Dah xlarat nak bawak dia dtg bangi sbb dah ada bnyk anak2 dia n lagipun dia buka suka duk dlm umah. Maklumla kat bangi duk flat...susah la nak bg dia main sesuka hati kat luar mcm kat bertam.


Hmm berbalik kepada cerita hubby aku yg demam..ehe rabu ptg tu dia smp umah dgn k suha. Tumpang k suha yg dtg nak betulkan tesis Master dia yg dah nak wat hardcover. Tghr tu aku da kalut balik umah masak2 skit utk dia. Nak ajak k suha join kitorg dinner tp dia tanak..hehe. Aku masak sup ayam ngan siakap stim sbb aritu mummy ada masak kat kitorg..dan masa makan aku teringat kat hubby aku apela yg dia makan time aku makan sedap2. Aku masak harusla tak sesedap mummy masak tp sbb nak hubby aku baik cepat..sll duk masak bende minyak2 je.


Esoknya nampak cam demam dia dah baik tp batuk tak ilang2. Sll pun mmg camtu..kalo dah start batuk payahnye la nak baik. Aku ingatkan pasal ikan siakap dan sup ayam aku. Tapi mak mentua aku kata hubby aku demam mengada mcm arwah ayah dia. Demam bila jauh dg

n bini...ehehhe rupanye...

Monday, June 23, 2008

hari2 seorg perempuan mengandung yg kesorangan

Hari ni ada workshop chromatography yg Dr K.O buat utk staf2 Forensik dgn Env Health. Dia ajak aku join..sbb aku pun bnyk gak 'lobang2' keconfusan psl chromatography ni aku pun join la. Sbb tu la aku kena tinggal kat kl dulu seminggu dua ni. Tpaksa hubby aku balik sorg. Sian dia..sian kat aku gak..ari pertama duk sorg2 aku nangis senyap2 sbb rindukan dia. Nangis lak time tgh drive nak balik rumah dari rumah k uji. Rase sayu tetiba bwk keta sorg2. Selama ni hubby aku je yg drive bila kitorg berdua. Aku drive sndr pun time nak gi check up je. Baby dalam perut pun macam senyap je xbergerak semalam. Tak dengar suara babah dia kot. Mesti dia confuse mana pegi suara yang sll buat kelakar sampai maknye tergelak2..hmmm... sbnrnya sbb dah lama xduk jauh2. Dulu dah tbiasa tak kisah sgt..tp skrg aku rasa payah lak nak terima kalo kena duk jauh macam dulu. Dgn apa yg dah dilalui masa pregnancy lepas..sbb tu hubby aku jaga aku betul2 kot time ni. Sib baik la aku dpt hubby yg penyayang mcm tu...ahhh aku xde mood..

simposium sains kesihatan (sihat2008)

Last entry aku dah dekat 2 minggu lepas. Sibuk skit dgn slaid nak present kat sihat 2008 n paper nak bg Dr K.O sblm dia tanya kan pasal draf tesis plak..ehehe. Baik aku bagi sumthing kat dia. 17hb jun turun KL dgn hubby aku. Tak lupa la..kucing2 sekali..tompok, cody, adik n baby2 baru adik- oleng, mimi, momo n obu. Kecik2 dah tpaksa naik keta. Putih xdpt nak bwk sbb dia sibuk nak kuar umah pg tu.
Sampai bangi aku siap2 nak gi KL lak sbb janji ngan K.O nak present kat dia dulu. Pas dia dgr aku present, dia kata mengantuk..ekekek. Aku pun perasan intonasi aku mcm pembaca berita kat tv kerajaan. Overall slaid ok..ade skit wording kena tukar. Ptg tu student K.O yg arab tu dgn iswadi pun kena present. Si arab tu blh la gaduh ngan tokey smp K.O hentak meja xpuas ati ngan dia. Takut kang meletup lak ape2 yg patut kat lab tu, aku blah cepat2.
Esoknya la start conference sihat 2008 tu. Aku punya turn 2nd day..so ari pertama tu rileks skit. Malam tu aku ingat nak practise gak skit2 tp thalang dek flu yg datang tiba2. Bila gi sane esoknya, aku br dibgtau yg sesi pembentangan aku tu ada judging. Committe letak sesi tu sbg Young Inventors Symposium. Aku cuma ingat nak habiskan presentation aku secepat mungkin memandangkan aku ni ade gemuruh bila kena public speaking..tambah2 plak teringatkan hubby aku yg tgh tunggu kat luar da lama..sian lak. Tapi bnyk lak dapat soalan.. ada gak yg berminat dgn research aku yg pelik nih. Sekurang2nya dapat gak aku improve memane kurang n masukkan sekali pemasalahan yg diorg tanya tu dalam write up. Terpaksa lak tunggu smp majlis penutup sbb diorg nak bagi award utk YIS tu. Sian lak hubby aku dah berjam2 tunggu nak jemput aku balik. Time penutup tu diorg announce nama aku utk consolation prize no1..dapat RM100. YIS award tu dpt kat Chan Kok Meng yg present detail giler psl mekanisme caspase utk anticancer..hehe deserve la keje sedetail tu. Lepas abis aku terkocoh2 kuar nak dptkan hubby aku yg muka dia dah agak kronik sbb kepenatan. Sian abg..balik tu kitorg pekena ayam Marrybrown yg sedap tu n aku janji nak goreng mee esok wat breakfast nak balas kepenatan dia arini..hehehe.

Monday, June 9, 2008

isu hangat..harga minyak

Akhir2 ni perkara yang paling panas diceritakan semua org adalah harga minyak yang naik melambung. 78 sen, dari RM 1.92 naik RM 2.70. Ini dah dikira 40% dari harga asal. Pihak kerajaan katanya tak dapat nak tanggung subsidi minyak untuk rakyat memandangkan harga minyak duni pun dah naik. Pastu mesti nak bandingkan dengan harga minyak kat UK dan US yang katanya jauh lebih tinggi berbanding harga di Malaysia. Harga kat UK dalam RM7 seliter, kat US RM5 seliter..takke lagi tinggi tu?? Tapi kenapa tak dibandingkan dengan pendapatan per kapita negara kita dan mereka setiap tahun???Lagi nak bandingkan harga ni dengan harga minyak kat negara2 jiran yang terang2 takde pengeluaran minyak sendiri. Kita ada hasil bumi kita sendiri...minyak mentah yang digali dek pihak Petronas tiap2 hari..ke mana perginya?? Ke mana hasilnya???

Kalo ikut rekod dari chedet.com...
"Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported.Three years ago the selling price of crude was about USD30 per barrel. Today it is USD130 – an increase of USD100. There is hardly any increase in the production cost so that the extra USD100 can be considered as pure profit.Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (twenty seven billion Ringgit).But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all of which belong to the Government.By all accounts the Government is flushed with money."

Kalo nak dibandingkan harga ini dengan negara2 pengeluar minyak dunia lain, kita jauh lebih mahal. Apa la nak jadi...ada hasil sendiri tapi macam ada kat bumi lain jgk..apa gunanya jadi rakyat Malaysia??
UAE– RM1.19/litre Eygpt– RM1.03/litre Bahrain– RM0.87/litre Qatar– RM0.68/litre Kuwait– RM0.67/litre Saudi Arabia– RM0.38/litre Iran– RM0.35/litre Nigeria– RM0.32/litre Turkmenistan– RM0.25/litre Venezuela– RM0.16/litre MALAYSIA– RM2.70/litre

Banyak la spekulasi dan cadangan2 dari pihak rakyat2 Malaysia yang terpaksa menanggung beban dengan kenaikan harga minyak ni. Ada yang mtk elaun menteri dimansuhkan..ada gak yg mtk kerajaan bagi pinjaman tanpa faedah utk modify enjin bagi kegunaan NGV. Respon dari pihak menteri, mengatakan pemansuhan elaun menteri adalah kurang rasional. Kenapa menteri kita tak cuba mengubah gaya hidup seperti yang disaran oleh Perdana Menteri kita yang bijak laksana?? Sedangkan rakyat terpaksa menanggung penderitaan hasil kebijaksanaan barisan kabinet ini. Subsidi yang bakal diberikan setahun sekali itu pun tidak dapat menampung keadaan ini. Secara purata, subsidi ini hanya dapat cover penggunaan minyak sebanyak RM66 sebulan.

Kami sebagai rakyat bukan tak nak terima hakikat kehidupan hari ini. Dan bukan nak sangat bergantung kepada subsidi berlipat ganda dari pihak kerajaan yang amat kami sayang, tapi hakikatnya kerajaan telah terang terangan menipu kami. Mula-mula kata Ogos baru diumum pendekatan subsidi baru atau harga baru bahan bakar ini, dengan yakin mengatakan harga minyak takkan naik dalam masa terdekat. Tau2 umum kenaikan drastik tanpa rasa bersalah. Sekurang2nya berilah tempoh untuk harga ini sampai ke tahap RM2.70 ini. Sebelum tu, haramkan kenderaan negara jiran beli minyak kat Malaysia..selang beberapa hari, halal plak. Mana pegangan yang pernah kerajaan kita miliki sebelum ini? Mungkin kerana pengurusan terbesar dah beralih tangan, maka kesemua sifat2 kita yang dikenali sebelum ini harus pergi bersama2. Sejak bertahun2 lepas, harga minyak merupakan isu yang paling sensitif di hati rakyat Malaysia. Jika kerajaan ingin mengembalikan kepercayaan rakyat selepas hanya menang tipis di PRU12, perkara ini lah yang paling perlu diberikan perhatian. Buatla apa saja, asalkan tidak membebankan rakyat, meningkatkan inflasi dan menjatuhkan taraf hidup rakyat yang sedia rendah..tidak setinggi pihak mereka. Saat ini, saya terfikir dimanakah fungsi kabinet, ahli parlimen dan ADUN yang katanya terdiri dari org terpelajar, tetapi tidak pernah meletakkan keadaan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan pekerja awam sekalipun pada diri mereka sendiri. Apa yang mereka tau, hanya bertelagah di Parlimen dan membina rumah besar disekeliling rumah kecil rakyat yang telah memberikan kepercayaan pada mereka??

Kini, rakyat sangatlah berkobar2 menantikan saat kemelesetan ekonomi yang pasti mengiringi kenaikan harga minyak yang drastik ini...

Sunday, June 8, 2008

Hepi birthday to me

7 June 2008 birthday aku ke 28. Dah besor dah aku..hehe. Dapat hadiah spesel dari hubby tersayang..UCrown Osim utk urut kepala aku yg selalu sakit..Tima kasih abang =) Bagi aku, dapat spend masa dgn dia pun dah kira paling berharga, tambah2 bila membayangkan esok2 kalo aku kena keje kat UiTM S Alam n dia keje kat Penang..tp takpela..itu masa depan. Mana tau rezeki baby esok2.. Birthday tahun lepas pun aku sorg2 kat rumah bila dia terpaksa kena kursus kat Thai sebulan..hmm rasa mahal sgt masa2 yg ada..tambah2 bila dah menua ni. Bila sampai hari jadi aku,aku dah jadi 2 tahun lebih tua dari dia..hehe

Huhu sedap pakai uCrown neh. Elok la utk kepala aku yg sll cramp ni..org lain bila preggie cramp kaki..aku cramp kepala.
Selamat Hari Jadi..1 year older, 1year wiser..hopefully....