Wednesday, September 10, 2008

kisah perkahwinan seorang makcik dan pakcik



Perkahwinan mereka dah menjangkau hampir 40 tahun. Melihat pada angka mungkin nampak bahagia. Tapi tiada siapa tahu apa yang tersimpan dalam hati makcik tu. Hampir setiap hari hati makcik terluka dengan gangguan dalaman yang merosakkan hati makcik tersebut. Setiap hari makcik terluka dengan ucapan kasar dari pakcik tersebut tanpa menghiraukan kepayahan dan segala pengorbanan yang makcik itu telah curahkan. Bukan pakcik tu tak ada sebarang kebaikan tapi segala kebaikan tersebut telah di litupi oleh seksaan jiwa dan tanpa ucapan manis yang diperlukan untuk melembutkan hati seorang isteri. Seorang isteri seperti makcik itu juga memerlukan perkataan yang baik, wajah yang ceria, senyum yang manis, sentuhan yang lembut, ciuman yang mesra, pergaulan yang penuh kasih sayang, dan belaian yang lembut yang menyenangkan hati dan menghilangkan kegundahan.Penyiksaan ini telah berlarutan seusia perkahwinan mereka. Kesabaran makcik tersebut sahajalah yang mengekalkan dan meningkatkan angka usia ini saban tahun.












Perkahwinan aku baru setahun jagung. Aku bersyukur kerana dikurnia seorang suami yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang agung sebagaimana tertulis oleh Islam. Walaupun banyak kekurangan tapi aku tetap menyanjungmu sebagaimana engkau sentiasa menyanjung dan menghormati diriku sebagai isterimu. Terima kasih....






Semoga Allah jua yang membalas segala pengorbanan dan kepayahan makcik selama ini

No comments: