Thursday, July 17, 2008

mood swing


Panas..berpeluh2..penat duduk..penat berdiri..berat perut..mcm2 la yg aku duk mengomel sorg2 dalam hati tiap2 hari. Mood pun kejap betul kejap tak. Tp biasa la kalo dah ada budak lam perut mcm2 rasa..hehe. Lately je rasanya mood aku ni mempengaruhi emosi. Maybe sbb bnyk rase discomfort kot time 3rd trimester ni nak banding dgn sblm ni. Pregnancy masa 2nd trimester la paling best. Takde rase xselesa...loya2 dah ilang. Ada kucing2 lak peneman. Time bosan leh tgk diorg main..borak2 dgn diorg. Pasni kena let go adik ngan baby2 dia. Sian adik..bila aku tgk mata dia yg besar, yg memenuhi separuh muka dia yg kecik tuh sayu lak rasa. Lama dah bela adik. Dari asal dia kat pasar kepala batas ngan kurap2 skrg dia dah jadi mak budak yg baik. Pandai jaga anak2..sayang kat anak2 dia. Tpaksa aku korbankan adik sbb dia still nyusu baby2 dia. Sib baik hubby aku kata leh simpan kodi ngan tompok. Tapi diorg pun aku dah kena ajar berdikari.
Kena tinggal kat umah je bila nak gi kl or memane. Hmm kuatkanla semangat aku nak melalui semua ni. Aku pun dah kena terima hakikat aku dah nak jadi mak budak. Aku kena jadi macam adik. Tapi sayang aku kat diorg takka hilang....

Friday, July 11, 2008

Minggu ke 30

Baby skrg dah masuk 30 minggu. 2hari lepas pegi check up dekat klinik kesihatan. Nurse kata kepala baby kat atas lagi. Belum turun..tp herannya kkdg aku dpt gak rasa kepala dia dah turun bila rasa berat semacam perut. Macam nak tjatuh. Ntahle..first pregnancy ni experience xbnyk. Ikut je la cakap nurse. Doc kata still ada masa utk baby pusing. Skrg sbb ada space lagi utk dia berenang2..Minggu ke 34 baru dia akan stick pada position yg tetap sbb dah xde space nak gerak. Doc bagi appointment hujung bulan ni utk scan. Aku pun nak tunggu appointment ngan Dr Zainol nak tgk baby cane dah rupa skrg..hehe excited gak nak tunggu masa ni...tinggal lagi 10 minggu utk sambut kehadiran org baru. Aku pun agak kuat makan la skrg..asyik craving benda2 manis. Balik dari klinik dah pekena kek secret recipe 2 slices..hehe. Time ni baik aku mkn je ape nak..nanti time pantang asyik kena makan ikan bakar jek. Insyaallah raya ni raya bertiga la kami...hehe

Monday, July 7, 2008

kisah kucing yang tak berdisiplin

Seminggu ni mcm tension skit dgn kenit2 yg baru masuk sebulan tu. Diorg dah pandai join makan nasik sama adik, cody ngan tompok. Jadi hasil pencernaan pun lebih kompleks la dari masa diorg isap susu adik je. Dah start buang merata lak tu..wpun aku dah usahakan bekas pasir sebagai jamban diorg. Lambat skit kot diorg ni nak mengenal bahawasanya nenek moyang diorg dulu sorok hasil pencernaan dalam pasir camtu la. Pasir yg bersih xbersentuh tu lak jadi bahan mainan cody ngan tompok. Tapi sib baik diorg berdua ni cepat paham bila aku marah n xbg diorg main pasir tu. Terus xkacau. Masa cody ngan tompok kecik senang je aku nak ajar berak bertempat. Tak cam adik2 diorg ni. Bdk2 ni pun nmpk cam degil2 skit. Penat gak tgk adik mengejar nak bg susu. Tpaksa la aku mencuci umah hampir setiap hari tanak bg ada kesan busuk diorg tu. Bila penat cuci2 tu perut rasa berat. Mcm nak jatuh lak baby rsnya. Agaknya tu kot kesan2 kalo keje smp penat.

Bila naik keta nak balik penang, adik plak mengiaw2 spnjg2 hiway tu. Ni satu yg aku still xpaham..dia sll bising bila ada anak kecik sama2 dia. Masa cody ngan tompok kecik pun camtu gak. Kat penang lain lak masalah timbul. Putih yg dah lama kena tinggal kat kitorg cam merenyam kat adik dgn tompok. Agaknya dah masuk musim mengawan kot. Masa kat bangi aritu xsempat nak kasi adik ngan tompok ni. Atas masalah2 kewangan la...biasala kan..eehehe. Aku ni nak yg murah je..at d end time dah ada duit skit, xsempat lak nak buat. Si jantan ni lak sibuk nak menambah zuriat. Aku dah xlarat dah wei..cukup la yg ada ni. Nanti jd masalah emosi lak utk aku bila kena buang beramai2. Tpaksa la aku mengawasi pgerakan bdk ni sume. Jadi keje la..

Off topic jap...Ari sabtu lepas aku attend kursus SPSS kat HUKM. Mostly yg dtg medical doctor yg nak wat specialist..ehehe ada la 2-3 org yg tsesat mcm aku. Skrg rsnye mcm dah paham n confident skit nak wat SPSS ni. Rupenye xde la susah benor. Yang penting kena tau nak susun data dalam worksheet tu je. Selama ni aku sangkut bab tu le. Hmm hopefully laju skit la writing pasni sbb dah dp lepas skit dah tmpt yg tsangkut tu.

Thursday, July 3, 2008

Menanti Kelahiran

Aku amik dr blog hubby aku..utk baby kitorg..xsabar nak tunggu dia kuar. Cane la rupanya..


Terlalu lama ayah dan ibumu menjadi penanti setia
Setahun lamanya ayah dan ibumu berusaha
Kepada Allah ayah dan ibumu berdoa
Semoga segera dikurniakan cahayamata

Hari ini ayah dan ibumu gembira
Usaha ayah dan ibumu tidak sia-sia
Kau bakal hadir umpama cahaya
Yang bakal menyinari kegelapan maya

Detik dan waktu terus berlalu
Namun ayah dan ibumu tidak pernah rasa jemu
Menghitung dan terus menghitung
Kehadiranmu sebagai yang sulung

Kegembiraan ini kegembiraan semua
Namun ayah dan ibumu tidak pernah leka dan lupa
Kepada Allah ayah dan ibumu terus berdoa
Semoga kehadiranmu nanti cukup sempurna

Begitu pantas perjalanan masa
Pergerakkanmu sudah mula terasa
Srikandi mahu pun panglima
Hanya tuhan yang menentukan segalanya

Perjalanan ini semakin singkat
Persediaan untukmu masih belum dibuat
Ayah dan Ibumu tidak pernah mengeluh berat
Segalanya untukmu pasti hebat

Salam sayang dari ayahmu
Salam sayang dari ibumu
Menghitung hari dan waktu
Kehadiranmu sentiasa ditunggu

Aimi Farhanah atau Aimi Husna

Baby aku skrg dah masuk 28 minggu. Hubby aku dah decide nak letak Aimi sebagai nama depan dia. Tu pun sbb Dr Zainol kata kemungkinan baby girl sbb dia xnmpk ciri2 lelaki kat baby aku tu. Aimi tu maksud dia keberkatanku. Cantik..aku pun suka..simple n takde la susah nak disebut. Kitorg still nak pilih nama belakang dia. Aku kenan Aimi Farhanah sbb teringat cikgu Farhanah Lee Abdullah, cikgu kelas ngan cikgu matematik aku masa darjah 4. Cikgu tu la cikgu all time favorite aku, spnjg aku jejak kaki kat sekolah. Maksud Farhanah tu aku dah lupa lak. Hubby aku suka Husna.
Tapi xkisahla ape2 pun..asal baby ni selamat lahir ke dunia. Kalo baby boy mmg dah ada nama utk dia. Skrg dia dah kurang gerak berpusing2 dalam perut. Agaknya sbb dh besar kot. Space dah kurang nak gerak. Cuma sesekali terasa la time dia tersedu dgn tendang2. Ada gak masanya perut aku nmpk bergegar...hehe seram gak. Tapi keseronokan time pregnant ni xdpt dibayangkan bila difikirkan keberkatan yang datang. Semoga baby yang bakal lahir ni sempurna sifat zahir dan batin dan ditakdirkan jadi anak yang soleh yg dpt la aku dgn hubby aku tumpang esok2. Jangan booking tmpt kat umah org tua awal2 lg kat kitorg..hehehe
Masa umur 3bulan..aku cukup cuak nak bg dia bertahan sampai 3bulan..takut dia xcukup kuat macam yang dulu. Tapi alhamdulillah rezeki kitorg kali ni..dpt gak dia membesar
Masa 26 minggu. Dah besar dah. Nak amik gambar pun susah sbb xreti duk diam. Sedap kot berenang2 dalam air ketuban..hehe esok2 leh jd swimmer negara..uhuhuh

Wednesday, July 2, 2008

Selamat Hari Jadi suamiku

Hari ni hubby aku masuk 27 tahun. Pastinya lagi muda setahun dari aku. Tak dapat nak sambut sama2. Dia kat penang keje..aku lak kat bangi lagi nak tunggu kursus SPSS yg aku bkorbar2 nak gi sabtu ni. Sebelum dia btolak ke penang aritu aku dah bg hadiah n kad. Budget pun kureng skit bulan ni. Accidentally sbnrnya jumpa buku JANGAN BERSEDIH- LA TAHZAN. Aku rasa mcm sesuai lak kalo bg dia buku tu dengan situasi kitorg skrg. Sebelum hantar dia kat Sentral aritu sedih sgt sbnrnya tp aku tahan je tanak nangis. Aku takut dia sakit lak. Batuk pun tak hilang2 lagi. Semoga hari jadi dia tahun ni jadi lebih bermakna sbb insyaallah dalam 2 bulan lagi kitorg akan dpt baby. Masa depan kitorg, biarlah dulu. Harap2 ada la rezeki anak dapat kitorg duk sama. Yang penting jaga kebahagiaan skrg sbb sume yg berlaku hari ni sekurang2 dapat dikenang utk hari esok.

Selamat Hari Jadi abang...

Tuesday, July 1, 2008

sakit gusi

Dari semalam gusi aku bedenyut2. Tapi sib baik belah bawah n kiri je. Tido semalam terjaga kul 2pagi. Sedar yg gusi aku tu macam dan tertarik ke bawah. Bahagian pipi pun dah macam bengkak skit. Aku tak dapat nak sambung tido. Baring kat sofa, layan je tv3 smp telelap. Bgn waktu org azan subuh. Tgk tompok ngan cody ada kat kaki..senyum sendiri. Sayang sgt kat diorg. Aku tgk cermin muka aku dah mmg senget sebelah. Bengkak pipi ngan dagu. Dagu aku yg panjang pun dah jadi makin lonjong. Memang kena gi klinik neh. Gi la aku jumpa doktor gigi tu sorg2..hubby aku dah balik penang kena keje..sob. Doc tu bg antibiotik. Kata xdpt nak xray sbb aku tgh preggie. Dgn muka senget sblh tu gak aku gi pasar beli ikan kembung kat kucing2 sbb stok dah nak abis. Sayangnye aku kat diorg..xleh putus makanan. Pas dah rebus aku tinggal la umah gi umah k uji lak sbb janji ngan abah temankan dia sementara abah balik. Rase penat sgt time drive. Time aku tgk2kan izzati yg xleh duk diam wpun tido..bnyk kali gak aku tlelap sama. Penat xcukup tido campur sakit tahan denyut. Adoi..aku xsabar nak balik umah tgk muka tompok..letih...sakit...hukhuk