Wednesday, July 2, 2008
Selamat Hari Jadi suamiku
Selamat Hari Jadi abang...
Tuesday, July 1, 2008
sakit gusi
Saturday, June 28, 2008
kucing2ku yg cantek
Aku ada impian kalo satu hari nanti aku jadi org kaya, aku nak bukak center utk jaga kucing..mcm SPCA..hehee. Aku akan kutip sume stray cat wat balik bg dia membesar dgn makan cukup. Pakai tak yah nak jaga dah..sbb bukan diorg pakai baju pun..ekekkek kuat berangan...Hmm
Ni la gmbr2 kucing2 aku yg di bawah penjagaan rapi aku skrg. Menu utama diorg nasik dgn ikan rebus. Ikan aku akan siapkan 2kg simpan dalam peti. Tahan la dlm seminggu. Sejak dua menjak ni barang naik harga..ikan pun sama. Kalo beli ikan kembung kat kepala batas masih leh dpt murah skit banding ngan kat bangi. Maklumla bandar besar..kata hubby aku.
Skrg dah ada 9 ekor. Baby ada 4 ekor. Tompok ngan cody pun dah besar..diorg dah nak masuk 6 bulan. Cepat rasanya diorg ni membesar. Skrg makin meriah dgn kehadiran adik2 diorg yg dah nak masuk sebulan. Aku suka tgk diorg main2 sama2. Mula2 nak biasakan diri dgn adik2 payah jugak..asyik marah je. Tp lelama ok dah. Skrg pun diorg ada perangai baru..nak tumpang ataupun istilah lain, berebut susu mak diorg dgn adik2 yg kecik lg tu.
Mak diorg aku panggil adik. Dulu kutip kat pasar kepala batas. Masa tu kaki dia berkurap. Pas bg makan sedap2 kot dia baik sendiri. Bila adik beranakkan cody n tompok, dalam 2-3 bulan je diorg dah cerai susu sbb adik pregnant lagi. Adik asyik marah je diorg bila dtg dekat. Lepas adik beranakkan adik2 diorg ni baru adik mula nak baik balik dgn cody n tompok. Sbb tu diorg berani nak dtg mtk susu. Agaknya xpuas menyusu masa kecik..hehe mcm2. Bila aku ceritakan kat mummy, k uji mcm miss ribut tanya cerita psl sapa. Hahaha dia yg mmg xgemar ngan kucing tetibe wat muka menyampah bila aku kata ni kisah psl kucing aku..ekekkek. Seronok bila kita menghargai kehidupan lain di sekeliling kita.. tak hanya memikirkan kisah hidup kita yg berliku-liku.....
Cody n tompok buat cubaan nak curi susu masa mak dia leka tgh grooming
Lawak tak? Tompok tu dah lg besar dari adik..tu pun nak gelabah lagi berebut ngan baby2
Hahaha sian adik....
Mimi ngan momo..cam kembar...
Tompok suka buat muka gini bila duk atas pangku aku...nak menagih kasih kot
Hehe seronok2..tp cane lepas ni..nanti kena ikut hubby aku study kat los banos..cane? cane? mana aku nak letak diorg...ada ke org blh bg diorg kasih sayang tander loving care mcm aku bagi..hukhuk..shedeyy..
Friday, June 27, 2008
ikan siakap dan sup ayam
n bini...ehehhe rupanye...
Monday, June 23, 2008
hari2 seorg perempuan mengandung yg kesorangan
simposium sains kesihatan (sihat2008)
Sampai bangi aku siap2 nak gi KL lak sbb janji ngan K.O nak present kat dia dulu. Pas dia dgr aku present, dia kata mengantuk..ekekek. Aku pun perasan intonasi aku mcm pembaca berita kat tv kerajaan. Overall slaid ok..ade skit wording kena tukar. Ptg tu student K.O yg arab tu dgn iswadi pun kena present. Si arab tu blh la gaduh ngan tokey smp K.O hentak meja xpuas ati ngan dia. Takut kang meletup lak ape2 yg patut kat lab tu, aku blah cepat2.
Esoknya la start conference sihat 2008 tu. Aku punya turn 2nd day..so ari pertama tu rileks skit. Malam tu aku ingat nak practise gak skit2 tp thalang dek flu yg datang tiba2. Bila gi sane esoknya, aku br dibgtau yg sesi pembentangan aku tu ada judging. Committe letak sesi tu sbg Young Inventors Symposium. Aku cuma ingat nak habiskan presentation aku secepat mungkin memandangkan aku ni ade gemuruh bila kena public speaking..tambah2 plak teringatkan hubby aku yg tgh tunggu kat luar da lama..sian lak. Tapi bnyk lak dapat soalan.. ada gak yg berminat dgn research aku yg pelik nih. Sekurang2nya dapat gak aku improve memane kurang n masukkan sekali pemasalahan yg diorg tanya tu dalam write up. Terpaksa lak tunggu smp majlis penutup sbb diorg nak bagi award utk YIS tu. Sian lak hubby aku dah berjam2 tunggu nak jemput aku balik. Time penutup tu diorg announce nama aku utk consolation prize no1..dapat RM100. YIS award tu dpt kat Chan Kok Meng yg present detail giler psl mekanisme caspase utk anticancer..hehe deserve la keje sedetail tu. Lepas abis aku terkocoh2 kuar nak dptkan hubby aku yg muka dia dah agak kronik sbb kepenatan. Sian abg..balik tu kitorg pekena ayam Marrybrown yg sedap tu n aku janji nak goreng mee esok wat breakfast nak balas kepenatan dia arini..hehehe.
Monday, June 9, 2008
isu hangat..harga minyak
Kalo ikut rekod dari chedet.com...
"Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported.Three years ago the selling price of crude was about USD30 per barrel. Today it is USD130 – an increase of USD100. There is hardly any increase in the production cost so that the extra USD100 can be considered as pure profit.Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (twenty seven billion Ringgit).But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all of which belong to the Government.By all accounts the Government is flushed with money."
Kalo nak dibandingkan harga ini dengan negara2 pengeluar minyak dunia lain, kita jauh lebih mahal. Apa la nak jadi...ada hasil sendiri tapi macam ada kat bumi lain jgk..apa gunanya jadi rakyat Malaysia??
UAE– RM1.19/litre Eygpt– RM1.03/litre Bahrain– RM0.87/litre Qatar– RM0.68/litre Kuwait– RM0.67/litre Saudi Arabia– RM0.38/litre Iran– RM0.35/litre Nigeria– RM0.32/litre Turkmenistan– RM0.25/litre Venezuela– RM0.16/litre MALAYSIA– RM2.70/litre
Banyak la spekulasi dan cadangan2 dari pihak rakyat2 Malaysia yang terpaksa menanggung beban dengan kenaikan harga minyak ni. Ada yang mtk elaun menteri dimansuhkan..ada gak yg mtk kerajaan bagi pinjaman tanpa faedah utk modify enjin bagi kegunaan NGV. Respon dari pihak menteri, mengatakan pemansuhan elaun menteri adalah kurang rasional. Kenapa menteri kita tak cuba mengubah gaya hidup seperti yang disaran oleh Perdana Menteri kita yang bijak laksana?? Sedangkan rakyat terpaksa menanggung penderitaan hasil kebijaksanaan barisan kabinet ini. Subsidi yang bakal diberikan setahun sekali itu pun tidak dapat menampung keadaan ini. Secara purata, subsidi ini hanya dapat cover penggunaan minyak sebanyak RM66 sebulan.
Kami sebagai rakyat bukan tak nak terima hakikat kehidupan hari ini. Dan bukan nak sangat bergantung kepada subsidi berlipat ganda dari pihak kerajaan yang amat kami sayang, tapi hakikatnya kerajaan telah terang terangan menipu kami. Mula-mula kata Ogos baru diumum pendekatan subsidi baru atau harga baru bahan bakar ini, dengan yakin mengatakan harga minyak takkan naik dalam masa terdekat. Tau2 umum kenaikan drastik tanpa rasa bersalah. Sekurang2nya berilah tempoh untuk harga ini sampai ke tahap RM2.70 ini. Sebelum tu, haramkan kenderaan negara jiran beli minyak kat Malaysia..selang beberapa hari, halal plak. Mana pegangan yang pernah kerajaan kita miliki sebelum ini? Mungkin kerana pengurusan terbesar dah beralih tangan, maka kesemua sifat2 kita yang dikenali sebelum ini harus pergi bersama2. Sejak bertahun2 lepas, harga minyak merupakan isu yang paling sensitif di hati rakyat Malaysia. Jika kerajaan ingin mengembalikan kepercayaan rakyat selepas hanya menang tipis di PRU12, perkara ini lah yang paling perlu diberikan perhatian. Buatla apa saja, asalkan tidak membebankan rakyat, meningkatkan inflasi dan menjatuhkan taraf hidup rakyat yang sedia rendah..tidak setinggi pihak mereka. Saat ini, saya terfikir dimanakah fungsi kabinet, ahli parlimen dan ADUN yang katanya terdiri dari org terpelajar, tetapi tidak pernah meletakkan keadaan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan pekerja awam sekalipun pada diri mereka sendiri. Apa yang mereka tau, hanya bertelagah di Parlimen dan membina rumah besar disekeliling rumah kecil rakyat yang telah memberikan kepercayaan pada mereka??
Kini, rakyat sangatlah berkobar2 menantikan saat kemelesetan ekonomi yang pasti mengiringi kenaikan harga minyak yang drastik ini...