Monday, October 20, 2008

Wednesday, October 8, 2008

babah dan aimi

Spot the difference.......

Like father like daughter

Tuesday, October 7, 2008

syawalku



Syawal arini dah masuk ari ke 7. Tahun ni raya bertiga lepas kehadiran Aimi. Tapi kitorg xleh gi memana memandangkan dalam pantang lagi. Pantang la kata org tua.Tapi aku main belasah je..smp bnyk kali kena sound kat warga2 yg dah berusia.


Ada rezeki skit raya ke 3 kitorg buat akikah ngan cukur jambul untuk Aimi. Rambut Aimi dah botak kat 1 spot. Tok imam pesan suh cukur habis..agaknye sbb tu dia huduhkan sbhgn kepala anak aku tuh. Tapi abah awal2 surrender takut nak cukur..takut salah tgk tergarik lak kepala si kecik tu. Ramai yang dtg tgk Aimi aritu. Dia pun baik je..tido..xde nangis mtk susu cam sll. Rezeki dia..bnyk dapat duit raya tahun pertama dia beraya di dunia.


Raya ni pun ramai kengkawan aku datang visit nak tgk Aimi. Yang dah lama xjumpa pun ade gak dtg. Tima kasih sume. Walaupun terpaksa tgk Aimi berbaju besar sbb xde saiz dia kat kedai.

Selamat Hari Raya..

Wednesday, September 24, 2008

bebaskan aku...








Maafkan aku wahai kucing2 kesayangan ku.
Bukan kehendak aku Cody, Ompok dan Obu tpaksa hidup mcm ni.
Tunggulah bila kita balik rumah kita....

Tuesday, September 23, 2008

homesick



Arini baru ari ke7 aku lalui tempoh berpantang.


Bila leh balik rumah ni…nak bwk aimi balik bertam. Nak lalui life mcm dulu campur life baru dgn kehadiran aimi. Sape la yg wujudkan tempoh berpantang ni…memandai je..nak buat pun buat la yg wajib je…setakat nak pulihkan yg sakit….


Aku homesick!!!!!

Saturday, September 20, 2008

Pengalaman baru

Bila dah ada Aimi Husna, bermula la episod baru dalam hidup macikcrimescene. Nak adapt dengan suara tangisan Aimi aku ingatkan senang. Tapi suara tangisan tu datang masa malam hari. Sbnrnya aku takut suara tu datang atas sebab kekurangan pada diri aku. Atau gangguan makhlus2 halus yang aku tak nampak. Tapi rupanye normal bila baby meragam waktu malam. Banyak lagi yang aku kena belajar. Smlm Aimi dah disunatkan. Aku lak lupa bawak pampers dia. Mmg bnyk lagi aku kena belajar..huhuhu

Cody, Ompok dgn Obu agak terabai skit bila aku sibuk dgn Aimi. Tapi hubby aku ada uruskan diorg. Bila ada masa terluang..atau pun masa baeek punya..time abah ngan mummy xde, aku sempat main2 jap dgn diorg. Diorg pun dah macam kemaruk lama tak bermanja dgn aku. Yang aku perasan Ompok sll renung Aimi bila aku lalu depan cage diorg sambil dukung Aimi. Hubby aku kata perasaan aku je. Tapi taktau la sbb aku rase cam dah terbond dgn Ompok tu. Maybe ada betul gak ape yg aku rase. Sbb selama ni dia la yang paling aku manjakan. Skrg dah xdpt nak spend bnyk masa dgn diorg. Tapi aku pastikan yg aku takpernah buat tak tau je kat diorg bila lalu depan cage diorg. At least tegur skit..atau hulur2 jari pegang diorg mane yg dapat..huhuh.

Makin hari Aimi makin baik. Sememangnya dia baik masa hari pertama dilahirkan lagi. Kat wad org katil sebelah heran tgk dia tak nangis. Kalo tak tido atau menyusu, dia baring je tgk keliling. Hari ni masuk hari ke4..aku dah mula dapat sesuaikan diri dgn kerenah Aimi. Dah paham ape yang dia nak. Semoga Aimi jadi anak yang baik utk kami. Aimi la penenang hati aku...dan Cody, Ompok dan Obu tetap jadi penghibur hati aku.

Hidup aku bertambah gembira dan diberkati...

Friday, September 19, 2008

Pengalaman melahirkan

Aku dapat signal bersalin dr baby pukul 3 pagi 16 Sept. Contraction slow je mula2 tp aku pun xleh nak smbg tido sbb dah nak msk time bersahur usual kat rumah ni. Aku join mkn sahur cam biasa wpun aku dah target mesti hari tu jgk aku bersalin. Kitorg gerak gi husm lepas smyg subuh. Takut toksah cite la..aku sempat pesan pada Cody, Ompok dan Obu utk doakan aku...

Sampai lam kul 7, mummy run ctg kat baby. Lepas 15min water bag aku pecah. Siap kuar dgn muconeum. Mummy dah cam gelabah. Aku nak gelabah gak, tp xtau ape effect kuar muconeum tu. Aku xtahan sakit bila nurse buat v.e nak check jalan baby. Aku xtahu sesakit tu sbb tu mental aku xready lagi. Adus...masa tu jalan baru 4cm.

Aku kena tolak masuk labour room. Terbaring situ tahan sakit yg memula xberapa sakit. Mummy gilir2 dgn hubby aku temankan aku. Pas sejam nurse datang masukkan pitosin kut drip line. Lepas tu la bermulanya kesakitan yang aku xpernah bayang pun sblm ni. 5minit sekali dia datang dan rasa tu sungguhla seksa nya. Lepas sejam dua sakit tuh dah sampai rasa nyawa kat hujung2 dah. Macam2 ayat aku baca...sampai aku dah tak mampu nak baca lagi. Aku bleh dgr hubby aku dgn mummy bacakan ayat2 utk aku. Yang mampu aku ikut aku ikut...
Jalan baru 8cm bila aku dah rasa kepala baby dah kat hujung dan rasa mcm dah nak push. Tapi mummy suruh aku tahan. Takut kepala baby bengkak. Bila dah bnyk round contraction last2 tu dtg, nurse check tgk dah nmpk kepala. Seingat aku ada la dalam 5-6 org termasuk mummy ngan hubby aku yg bagi semangat utk aku push. Tapi aku xpandai beranak rupanya...cara push tak betul. Dalam kesakitan tu aku leh dgr mummy n few nurses arahkan aku buat cara betul..tp aku dah xleh nak buat. Aku push je yg termampu dengan harapan baby aku selamat keluar je.

Masa baby dah lepas kepala, aku rasa macam hamba yang dimerdekakan. Lega dgn syukur sgt sbb baby selamat. Dalam kesemputan dan kepenatan tu, aku dapat rasa ciuman kat dahi dari hubby aku. Alhamdulillah pukul 1.30 tghr 16 September 2008 selamat la Aimi Husna lahir ke dunia.



Aimi Husna bt Badrulhadza...'Keberkatanku yang indah dan baik'