Wednesday, September 24, 2008

bebaskan aku...








Maafkan aku wahai kucing2 kesayangan ku.
Bukan kehendak aku Cody, Ompok dan Obu tpaksa hidup mcm ni.
Tunggulah bila kita balik rumah kita....

Tuesday, September 23, 2008

homesick



Arini baru ari ke7 aku lalui tempoh berpantang.


Bila leh balik rumah ni…nak bwk aimi balik bertam. Nak lalui life mcm dulu campur life baru dgn kehadiran aimi. Sape la yg wujudkan tempoh berpantang ni…memandai je..nak buat pun buat la yg wajib je…setakat nak pulihkan yg sakit….


Aku homesick!!!!!

Saturday, September 20, 2008

Pengalaman baru

Bila dah ada Aimi Husna, bermula la episod baru dalam hidup macikcrimescene. Nak adapt dengan suara tangisan Aimi aku ingatkan senang. Tapi suara tangisan tu datang masa malam hari. Sbnrnya aku takut suara tu datang atas sebab kekurangan pada diri aku. Atau gangguan makhlus2 halus yang aku tak nampak. Tapi rupanye normal bila baby meragam waktu malam. Banyak lagi yang aku kena belajar. Smlm Aimi dah disunatkan. Aku lak lupa bawak pampers dia. Mmg bnyk lagi aku kena belajar..huhuhu

Cody, Ompok dgn Obu agak terabai skit bila aku sibuk dgn Aimi. Tapi hubby aku ada uruskan diorg. Bila ada masa terluang..atau pun masa baeek punya..time abah ngan mummy xde, aku sempat main2 jap dgn diorg. Diorg pun dah macam kemaruk lama tak bermanja dgn aku. Yang aku perasan Ompok sll renung Aimi bila aku lalu depan cage diorg sambil dukung Aimi. Hubby aku kata perasaan aku je. Tapi taktau la sbb aku rase cam dah terbond dgn Ompok tu. Maybe ada betul gak ape yg aku rase. Sbb selama ni dia la yang paling aku manjakan. Skrg dah xdpt nak spend bnyk masa dgn diorg. Tapi aku pastikan yg aku takpernah buat tak tau je kat diorg bila lalu depan cage diorg. At least tegur skit..atau hulur2 jari pegang diorg mane yg dapat..huhuh.

Makin hari Aimi makin baik. Sememangnya dia baik masa hari pertama dilahirkan lagi. Kat wad org katil sebelah heran tgk dia tak nangis. Kalo tak tido atau menyusu, dia baring je tgk keliling. Hari ni masuk hari ke4..aku dah mula dapat sesuaikan diri dgn kerenah Aimi. Dah paham ape yang dia nak. Semoga Aimi jadi anak yang baik utk kami. Aimi la penenang hati aku...dan Cody, Ompok dan Obu tetap jadi penghibur hati aku.

Hidup aku bertambah gembira dan diberkati...

Friday, September 19, 2008

Pengalaman melahirkan

Aku dapat signal bersalin dr baby pukul 3 pagi 16 Sept. Contraction slow je mula2 tp aku pun xleh nak smbg tido sbb dah nak msk time bersahur usual kat rumah ni. Aku join mkn sahur cam biasa wpun aku dah target mesti hari tu jgk aku bersalin. Kitorg gerak gi husm lepas smyg subuh. Takut toksah cite la..aku sempat pesan pada Cody, Ompok dan Obu utk doakan aku...

Sampai lam kul 7, mummy run ctg kat baby. Lepas 15min water bag aku pecah. Siap kuar dgn muconeum. Mummy dah cam gelabah. Aku nak gelabah gak, tp xtau ape effect kuar muconeum tu. Aku xtahan sakit bila nurse buat v.e nak check jalan baby. Aku xtahu sesakit tu sbb tu mental aku xready lagi. Adus...masa tu jalan baru 4cm.

Aku kena tolak masuk labour room. Terbaring situ tahan sakit yg memula xberapa sakit. Mummy gilir2 dgn hubby aku temankan aku. Pas sejam nurse datang masukkan pitosin kut drip line. Lepas tu la bermulanya kesakitan yang aku xpernah bayang pun sblm ni. 5minit sekali dia datang dan rasa tu sungguhla seksa nya. Lepas sejam dua sakit tuh dah sampai rasa nyawa kat hujung2 dah. Macam2 ayat aku baca...sampai aku dah tak mampu nak baca lagi. Aku bleh dgr hubby aku dgn mummy bacakan ayat2 utk aku. Yang mampu aku ikut aku ikut...
Jalan baru 8cm bila aku dah rasa kepala baby dah kat hujung dan rasa mcm dah nak push. Tapi mummy suruh aku tahan. Takut kepala baby bengkak. Bila dah bnyk round contraction last2 tu dtg, nurse check tgk dah nmpk kepala. Seingat aku ada la dalam 5-6 org termasuk mummy ngan hubby aku yg bagi semangat utk aku push. Tapi aku xpandai beranak rupanya...cara push tak betul. Dalam kesakitan tu aku leh dgr mummy n few nurses arahkan aku buat cara betul..tp aku dah xleh nak buat. Aku push je yg termampu dengan harapan baby aku selamat keluar je.

Masa baby dah lepas kepala, aku rasa macam hamba yang dimerdekakan. Lega dgn syukur sgt sbb baby selamat. Dalam kesemputan dan kepenatan tu, aku dapat rasa ciuman kat dahi dari hubby aku. Alhamdulillah pukul 1.30 tghr 16 September 2008 selamat la Aimi Husna lahir ke dunia.



Aimi Husna bt Badrulhadza...'Keberkatanku yang indah dan baik'

Monday, September 15, 2008

Obu kembali ceria





Obu dah kembali ke Kota Bharu dengan hubby aku, Cody dan Tompok.
Ari pertama sampai aku tkejut tgk dia kurus betul.
Dah cam skeleton dalam lab tu. Aku tukar menu makan diorg.
Pas sehari dua Obu dah kembali ceria...
Dia ade aku ngan hubby aku, kakak dan abang dia..
Semoga Obu kekal ceria dan kembali gemuk macam Cody..

Saturday, September 13, 2008

Obu yang masih kesepian




Semalam sebelum masuk waktu berbuka, hubby aku mms.
Akhirnya Obu makan jugak. Walaupun secebis daging ayam je.
Dah dekat 2hari dia tak makan.
Kitorg pun xsure dia sakit atau sedih mengenangkan pemergian Oleng dan Mimi.
Abang dan kakak Obu jaga satu2 adik dia dgn baik.
Berkongsi kasih sayang dan kesedihan saat saling memerlukan.
Nilai yang ada pada diorg ni la yang buat aku sayang sgt utk melepaskan diorg pergi.
Semoga Obu kembali ceria mcm dulu..wpun kehidupan kami semua dah berubah dgn pemergian Oleng dan Mimi.

Friday, September 12, 2008

obu yang kesepian




Obu bermurung lepas pemergian oleng dan mimi. Dia kongsi kesedihan dengan kakak Ompok. Ompok la peneman satu2 adiknya yang tinggal tu. Semoga obu tak terus macam ni. Doa oleng dan mimi selalu bersama kita. Kitorg sayang obu...

Thursday, September 11, 2008

kau pergi jua

Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

Selamat Tinggal



Gambar terakhir oleng ngan mimi yg aku ada



Selamat tinggal Oleng dan Mimi. Semoga ada rahmat di sebalik pemergianmu. Kitorg akan selalu ingat keletah dan kenakalan korg berdua. Kasih sayang kitorg sll bersama korg. Terima kasih sebab dah menceriakan hidup kitorg selama 3bulan lebih ni......

Wednesday, September 10, 2008

kisah perkahwinan seorang makcik dan pakcik



Perkahwinan mereka dah menjangkau hampir 40 tahun. Melihat pada angka mungkin nampak bahagia. Tapi tiada siapa tahu apa yang tersimpan dalam hati makcik tu. Hampir setiap hari hati makcik terluka dengan gangguan dalaman yang merosakkan hati makcik tersebut. Setiap hari makcik terluka dengan ucapan kasar dari pakcik tersebut tanpa menghiraukan kepayahan dan segala pengorbanan yang makcik itu telah curahkan. Bukan pakcik tu tak ada sebarang kebaikan tapi segala kebaikan tersebut telah di litupi oleh seksaan jiwa dan tanpa ucapan manis yang diperlukan untuk melembutkan hati seorang isteri. Seorang isteri seperti makcik itu juga memerlukan perkataan yang baik, wajah yang ceria, senyum yang manis, sentuhan yang lembut, ciuman yang mesra, pergaulan yang penuh kasih sayang, dan belaian yang lembut yang menyenangkan hati dan menghilangkan kegundahan.Penyiksaan ini telah berlarutan seusia perkahwinan mereka. Kesabaran makcik tersebut sahajalah yang mengekalkan dan meningkatkan angka usia ini saban tahun.












Perkahwinan aku baru setahun jagung. Aku bersyukur kerana dikurnia seorang suami yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang agung sebagaimana tertulis oleh Islam. Walaupun banyak kekurangan tapi aku tetap menyanjungmu sebagaimana engkau sentiasa menyanjung dan menghormati diriku sebagai isterimu. Terima kasih....






Semoga Allah jua yang membalas segala pengorbanan dan kepayahan makcik selama ini

Tuesday, September 9, 2008

2 kittens are better than one

Aku duk webhoping arini, tibe2 came across 1 artikel from http://www.thecatzine.com.


Teringat kat kodi dan tompok masa kecik. Kodi sakit xlarat nak bgn pun. Tompok duk teman dia kat sebelah, sambil jilat2 abang dia tu. Sampaila esoknye tompok pun jatuh sakit yang sama macam kodi. Pas sehari dua diorg sembuh sesama....

Skrg diorg berdua jaga adik2 yg 3 ekor tu. Main sama2, makan sama2, tido sama2....
Manusia pun lum tentu leh jadi sebaik tu


Aku amik dr net tu...
Below, I listed 10 reasons why “two kittens are better than one”:
1. You’re saving two lives instead of one.

2. One kitten can become lonely.
kitten need friends to play and grow together.

3. One kitten can just make an older cat mad.
kitten will always want to play with an older cat, sometimes older cat do not want to be disturb, so your one kitten will make your older cat day miserable.

4. Two kittens will “self-train.”
Kittens learn by copying. If one kitten is quick to learn appropriate litter box use, the other will be likely to copy. They also help each other with grooming; wash up after meals soon becomes a ritual with two kittens.

5. They help each other burn off energy.

6. Fewer behavior problems with two kittens.
Much like their human counterparts, kittens sometimes misbehave because “negative attention is better than no attention.”

7. Curiosity overcomes “food finickyness.”
One kitten will become the leader, and another one will follow. When you serve a new food, one will come first and try, and another one will come later. They need each other.

8. They act as pillows for one another.
2 or more kittens will always sleep with other, and make one another as a pillow. Imagine it you only have 1 lonely cat, he will be really sad.

9. Having two kittens is insanely fun.

10. They will each have a friend for life.
Two kittens who grow up together will almost always be lifelong friends. Although they will sometimes have their little squabbles, you will more often see them engaging in mutual grooming, playing together, and sleeping with their best pal.

Monday, September 8, 2008

penangan ape kah ini.........

Bangun sahur td aku masak skit2 yg patut. Sian kat mummy penat smlm sehari tunggu toki yg tgh sakit n kena tahan kat wad. Pg ni xde lak tanda2 baby nak kuar. Nampaknye mmg hubby aku tpaksa balik penang dulu...sob...

700am
bg kucing2 makan.arini dah nak balik penang diorg. aku suh hubby aku bwk diorg balik sbb kesian kat sini abah suh kurung lam cage besar tu je.diorg cam tension xdpt lari2. tgk diorg makan jap ngan suap ubat2. kot pasni ade yg ilang xbalik umah dah...xdpt dah jumpe...
900am
nak kemas cage kucing ngan hubby aku. tp dia ajak tgk cite Haiwan Teladan kat tv3. tgk jap abis tu gi kemas2 mane patut. basuh n lap yg comot. masukkan diorg lam cage kecik.
1030am
hubby aku dah start nak gerak.babai2 skit.control sedih sbb kena tinggal kat sini.nak ikut balik tp baby xkuar lg..hukhuk..sian hubby aku kena balik sorg
1115am
bukak laptop online.tgk email paper aku anta ke journal forensic science kena reject.aritu paper lg satu pasal decomp dah kena reject gak.lum format balik lagi.baca2 reviewer's comment mmg ade logik gak.nanti nak kena edit balik.nak pecahkan jadi 2 paper..tp skrg...malasssss......xde mood

ym ngan k ust

ym ngan wani

ym lagi ngan dayang..

ngan mena.....................



hubby aku tepon kate kodi bising lam keta......
nyesal lak rase xamik terus ubat tido kat kodi ngan ubat cegah hamil kat tompok masa gi klinik aritu.....
adoi..........







melalut smp kul 300pm
tgk kat luar bilik kiki ade kat pintu depan lagi.tekejut aku.ingatkan dia dah masuk pas hubby aku gerak td. ntah2 dia tunggu hubby aku balik.suh kiki masuk tido sbb nmpk ngantuk.

masuk bilik tido jap sbb sakit pinggang


330pm
br bgn smyg zohor.terpk hubby aku mesti dah nak smp umah.jap tu dia tepon kate dah smp.adik ade lg kat umah.alhamdulillah selamat sampai....



aku duk mundar mandir sbb xnmpk abah ngan mummy lam umah..kot lam bilik tido sbb penat jaga toki.dah terasa nak makan mcm2 wat buka ni...tp hubby aku xde..xlehla aku nak mtk2..




500pm
abah tanya nape wat balik kucing..suara cam keras...dia kate dia cuma tanak diorg lepas main je..aku nak cover line takut jadi keruh aku kate diorg teringat mak diorg sbb diorg lum cerai susu..suara abah slow balik...pastu abah bebel psl beberapa hal yg xberkaitan dgn aku...aku dgr je..


sbnrnye aku xlarat nak dgr...
br nih pun duk dgr mummy luah perasaan pas kena bebel hal sama kat abah






kepala aku pun serabut dgn hal lain....
dgn urusan aku sndr.....


hal timing baby nak kuar ngan keje hubby aku...
takut nanti sakit nak bersalin time xde transport kat rumah
hal tesis n data2..
hal paper nak dipublish...
hal application tulis tesis lam english....
hal nak extend...
nak kena anta notis kat postgrad school
kat fac
kat uitm







adoiiii......
aku rase cam sume benda tak kena skrg......
emo pun dah xstabil..........................

Wednesday, September 3, 2008

ramadhan mai lagi

Hari ni dah 3 Ramadhan. Aku ngan baby dah hampir berjaya puasa untuk hari ke 3. Baby aku kuat rupenye. Xde meronta2 kelaparan ke hape..hehe. Bagus2..td dah siap pasang katil baby lepas berhempas pulas ngan hubby aku. Rasa cam nak beranak terus, letak dia terus kat katil tu. Tapi kang sekerat hari lak pose aku ni..Rugi2...

Dari 1st day puasa aku dapat puasa sama hubby aku. Pas habis perarakan merdeka aritu terus dia dtg sini bwk kucing2 sume. Terubat rindu kat dia ngan kucing. Tapi abah xbg diorg masuk rumah. Sib baik hubby aku terbukak hati nak bwk cage besar tu. Blh la mengaburi mata abah dgn kurung diorg kat dlm tu time2 peak hour..peak hour tu adalah masa abah mundar mandir dalam rumah. Kalo time abah gi mesjid atau wt keje lam bilik aku lepaskan diorg bg diorg main kat tanah. Seronok diorg korek lubang buat jamban..hehe. Pastu ada lak kucing2 jalanan yg dtg curik makanan diorg. Smlm bwk diorg gi klinik. Sbb dah lama aku tgk diorg asyik berak cair. Hehe seronok kat sini..nak gi klinik hewan pun senang.

Jalan2 kat bazar rmadhan kat kb ni seronok sgt. Banyak gile kueh2 menarik yg aku xteliur pun nak makan sblm ni..tp sbb pose kan, smp naik mabuk tgk. Tgk je lum makan lagi. Kalo kat kl jgn harap la..kueh akok pun buat cincai2 rasa cam kueh bakar...asal ade rupe je. Aku nak mkn cukup2 sblm baby kuar. Nanti dah kena pantang lak..tgk je la org makan best2. Apa2 pun semoga ramadhan ni bawak keberkatan utk kami sekeluarga. Aku dah bersiap sedia nak menimang budak kecik ni. Bulan ramadhan sambut baby..semoga baby tu jadi semulia bulan kelahirannya..Insyaallah